Rabu, 20 Mac 2013

05 di tampin - Google Blog Search

05 di tampin - Google Blog Search


Pembunuhan Paling Kejam 4 Beranak <b>Di Tampin</b> Gemencheh <b>...</b>

Posted: 12 Feb 2013 08:10 PM PST

Pembunuhan Paling Kejam 4 Beranak Di Tampin Gemencheh - Gambar Ngeri | TAMPIN: Empat beranak ditemui mati dalam keadaan ngeri termasuk seorang tanpa kepala dipercayai dibunuh di dua rumah berasingan yang terletak berdekatan di Kampung Batang Rokan, Gemencheh dekat sini, semalam.
Mangsa dikenali Atan Daud, 90, yang juga bekas imam masjid kampung berkenaan serta isterinya, Sofiah Keatas, 80, menantu pasangan warga emas itu, Ismail Awang, 76, dan anak Ismail, Siti Khadijah Ismail, 22.
Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh, berkata empat beranak itu dipercayai dibunuh kira-kira jam 10 pagi, tetapi kejadian berkenaan hanya disedari selepas seorang lagi anak Ismail, Siti Mariam, 18, pulang dari sekolah pada jam 3.30 petang.
Katanya, terdapat kesan tetakan dan tikaman pada semua mangsa dengan pisau tercacak pada dada Siti Khadijah, manakala Atan putus tangan kiri, Sofiah putus tangan kanan dan Ismail pula putus kepala.
"Polis menolak motif samun dan sedang menyiasat semua kemungkinan, termasuk perselisihan faham. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya dalam sidang akhbar di Balai Polis Gemencheh dekat sini, malam tadi.
Osman berkata, polis turut menemui sebilah pisau dan parang yang dipercayai digunakan dalam pembunuhan itu.
Sehubungan itu, katanya, polis sedang mencari cucu bekas imam itu, Rashidi Ismail, 34, bagi membantu siasatan.
Katanya, Rashidi menunggang motosikal Suzuki biru dengan nombor pendaftaran BAY 2805 dan meminta sesiapa yang mempunyai maklumat mengenainya supaya menghubungi mana-mana balai polis dengan segera.
Mayat semua mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Ja'afar Seremban (HTJS) untuk dibedah siasat.
Sementara itu, seorang penduduk kampung yang enggan dikenali memberitahu dia antara terawal tiba di tempat kejadian selepas dimaklumkan Siti Mariam.
Katanya, Ismail sepatutnya mengambil Siti Mariam di sekolah, tetapi sehingga kira-kira jam 2 petang, Allahyarham tidak tiba seperti biasa.
"Siti Mariam kemudian menelefon bapanya dan kakaknya, Siti Khadijah, tetapi kedua-dua panggilan itu tidak dijawab.

"Dia kemudian pulang sendiri dengan menaiki bas dan apabila tiba di rumah, Siti Mariam mendapati kakaknya sudah tidak bernyawa dengan pisau tercacak di dada," katanya.
Berikutan itu, Siti Mariam meluru ke rumah datuknya yang terletak hanya kira-kira 20 meter dari rumahnya, tetapi terkejut apabila menemui pasangan warga emas itu turut mati bergelimpangan.
"Pembunuhan Ismail pula disedari selepas penduduk menemui mayat tanpa kepala di rumah pasangan warga emas itu," katanya.
Tinjauan Berita Harian mendapati kedua-dua rumah berkenaan terletak dalam satu kawasan berpagar dengan jarak kira-kira 20 meter.
Kedua-dua rumah itu juga terletak dalam kebun getah dan terpencil dari rumah lain dengan rumah terdekat kira-kira dua kilometer.
5 Jan – Rasidi Ismail, 34, membunuh adik perempuan, bapa, datuk dan neneknya di kediaman keluarganya di Kampung Batang Rokan, Gemencheh, Negeri Sembilan.
  • Mayat Atan Daud, 90, dan isterinya Sutiah Katas, 80, Ismail Awang, 76, dan Siti Khadijah Ismail, 22, ditemui sama ada dipenggal, ditikam atau anggota mereka putus dalam serangan ganas menggunakan parang.
  • Rasidi memenggal kepala Ismail sebelum menanamnya di tanah perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam.
7 Sept – Rasidi dibebaskan daripada pertuduhan membunuh empat anggota keluarganya setelah didapati tidak waras semasa melakukan perbuatan itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads