Rabu, 20 Mac 2013

05 di gemencheh - Google Blog Search

05 di gemencheh - Google Blog Search


umno <b>di gemas</b>, negeri sembilan sudah lemas <b>...</b> - Omak Kau!!!!

Posted: 27 Jan 2013 10:15 PM PST


Umno Gemas sudah lemas!!!!... itulah ungkapan yang paling sesuai Omakkau luahkan apabila melihat sambil mengamat rakaman gambar DSAI bersantai bersila bersama rakyat di Ceramah Jelajah Merdeka Rakyat di Pasir Besar, Gemas, Negeri Sembilan malam tadi 27hb Januari 2013.

Propanganda pasal Kalimah Allah dan pemergian Najib Razak ke Gaza langsung tidak menyumbang kekurangan sokongan rakyat kepada Pakatan rakyat pimpinan DSAI.

Sayugia diingatkan.. Gemas adalah antara daerah kubu UMNO paling kuat di Negeri Sembilan.

Itu dulu.. kini semuanya sudah berubah... Rakyat sudah mau melakukan perubahan.

Tiada gentar dengan ugutan dan sekatan... Tidak mudah termakan dengan umpan BR1M.. Tidak mudah terpengaruh dengan fitnah Utusan, Berita Harian, TV3 dan RTM.

Rakyat cerdik UMNO pasti sakit... Rakyat bersatu UMNO mati kutu.

Lagi difitnah lagi ramai rakyat berhijrah... lagi kuat ditohmah lagi berazam rakyat mau lihat UMNO rebah.

Ceramah Anwar dihadiri 2000 hadirin <b>di Gemas</b>, Apa - My Home Soil

Posted: 27 Jan 2013 09:11 AM PST

Pekan Pasir Besar Gemas, 27 Januari 2012, Anwar malam tadi menuduh terikat dengan keputusan Presiden PAS Hadi Awang mengenai kebenaran menggunakan kalimah Allah dan menegaskan PR masih berpendirian membenarkan kalimah Allah digunakan masyarakat Bukan Islam kerana ia telah diputuskan semasa mesyuarat PR yang dihadiri beliau, Hadi Awang dan Pemimpin DAP. Kenyataan beliau ini didengari dan disaksikan lebih 2000 orang yang hadir mahu mendengar penjelasan beliau di Gemas malam tadi.
Beliau yang sekali lagi menolak PAS dengan mengatakan Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) di Kuala Lumpur dihadiri 200,000 orang meskipun lidah rasmi PAS iaitu HARAKAH menyatakan bahwa HKR dihadiri 700,000 orang. Jangkaan pemerhati luar mendapati HKR dihadiri lingkungan 30,000-45,000 Sahaja. 
Dalam menyerang isu AES, seperti biasa, menuduh UMNO dan kroni-kroni UMNO memakan hasil saman AES tanpa pembuktian. Anwar sepatutnya mengemukakan apakah langkah Pakatan Pembangkang untuk mengurangkan kadar kemalangan jalanraya hasil cambahan fikiran pakatan pembangkang tanpa menggunakan AES bukannya memberikan pertuduhan bodoh yang dangkal dan bersifat fitnah.
Kalau Kerajaan guna AES untuk kurangkan kemalangan dan saman, pembangkang syorkan guna apa? itulah persoalan yang perlu dijawab oleh Anwar bukan jawapan yang membabi buta.  myhomesoil- 
anwar meroyan depan 2000 orang penyokong seluruh NSDK! WOW! 

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads