Jumaat, 15 Mac 2013

05 di port dickson - Google Blog Search

05 di port dickson - Google Blog Search


Percutian <b>Di Port Dickson</b>- 1st day|suhadah saad

Posted: 04 Feb 2013 12:09 AM PST

Macam yang aku war war kan hari hari lepas yang aku akan bercuti di PD and now im here ! yeahh PD ! unfortunately cuaca kat sini tak berapa nak elok sebab asyik hujan je..sob sob sob, maybe ade hikmah .. :) positive !
ni banglo dua tingkat milik POS MALAYSIA, berhadapan dgn banglo ni, ade banglo setingkat milik pos malaysia jugak ^__^
memandangkan keluarga aku tak ramai mana, so ayah aku pilih yang setingkat je, takot jugak ambik yang dua tingkat tp kat tingkat atas takde sape duduk, nanti kang malam malam seram plak nak tidur.. -_-  sama jek pemandangan banglo dua tingkat dgn setingkat, semua keperluan sama :)
actually aku bertolak ke PD semalam from PUTRAJAYA rumah kakak aku tu, lepas makan nasi semua, dalam pukul 4 kitarang bertolak dan sampai PD dalam pukul 6 macam tu lah..kereta dua bijik, kancil dgn spectra..siap bawak periuk nasi, lauk pauk semua okeh ! kau bayangkan betapa heaven nye dapat banglo sebijik kat belakangnye tu ade laut but view kat area banglo ni tak berapa cantik sangat lah, banyak orang pergi mandi kat batu 10, blue laggon and kat telok kemang tu..
anyway , syukur ALHAMDULILLAH, banglo percutian POS MALAYSIA ni memang superb, siap ade pondok BBQ, ruang tamu yang besauu, meja makan 2, dapur yang cukup lengkap dengan pekakas, sofa yang empuk lagi baru !, bilik ade 3, semua bilik ade katil king, bilik first ade bilik air sendiri and bilik dua and tiga share bilik air means ade connecting door dalam bilik air antara bilik 2 dan 3..





im so excited !! .. perjalanan dr KL ke sini dalam sejam setengah kalau kereta kau tu laju lah, kalau kereta kancil je dalam 2 jam jugak lah.. minyak pergi balik rm30 untuk kancil, kalau kereta spectra rm 50.. tambang tol pergi balik rm20 je.. kami naik highway seremban..tu pun ade balance lg duit tol tu -.-

nak cakap awal awal, kalau nak makan kat sini better pergi makan kat tempat yang familiar, jangan kat tempat kampung sebab dorang ni suka charge mahal nak mampus kat orang LUAR !! see? baru je tadi ayah aku pergi beli lauk pauk yang dah siap, hanya 6 jenis, dah rm26 ?? kalau banyak takpe lah jugak, ni sejemput seciput !! rasa macam teraniaya..


bila dah sampai je rumah, lepak lepak, lepaskan penat drive, then after solat maghrib semua, kami pergi pantai telok kemang, mula tu saje je nak tengok pantai time malam, but unfortunately, pantai takde lampu, gelap gelemat -,-

so, just borong pakaian kat EXCO je lahh, lgpun EXCO pun dah siap2 kemas nak tutup dah.. uwargghhh rasa macam tak bahagia pulak -.- 

so, we decide nak ke rumah mak sedara, lgpun tak sedap jugak kan asyik lalu lalang depan rumah dia tapi tak singgah yea dak ?? malam tu lepas ke pantai kami pergi rumah mak sedara, mak sedara aku ni semuanya ade bisnes, bukak gerai lah ape lah.. so, takde hal lah kalau kami ke sana.. 

dulu dulu, nak naik pelampung, main ambik je yang mak sedara punya -,- ..hahah.. FREE lah katakan, nak makan pun main bedal je.. kikikiki..now dah besau, agak segan jugak nak bedal pun.. hohoho

so, nak tahu bajet main mainan semua tunggu second day entry oke ? muahh xoxo ! dah nak pergi pantai dah ni ! byeeeeeeeeeeeeee :*



nota kakitangan : btw, nak tanya , korang ade tak product yang berkesan untuk kulit muka? sekarang ni kulit muka aku mengelupas kat jerawat after pakai ubat jerawat tu :( kalau ade, let me know ! :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads