Khamis, 21 Mac 2013

05 di mantin - Google Blog Search

05 di mantin - Google Blog Search


Seindah Mimpiku: Mabuk Durian Lenggeng, <b>Mantin</b>!

Posted: 14 Dec 2012 02:00 PM PST


Balik kampung encik suami di Lenggeng, Mantin dalam keadaan demam panas dan selsema teruk. Bila bapak mertua ajak encik suami balik kampung sekejap, aku terus sound encik suami nak ikut sekali. Meriah sedikit bila anak buah encik suami pun ikut sama.


Gigih encik suami dan pak mertua mencari sekeliling pokok durian buah durian yang jatuh. Aku dan anak-anak buah jadi pembantu kutip dan longgokkan buah durian, manggis, rambutan dan pulasan. Masa ni lama baru kenal pokok manggis dan pulasan...huhu !


Tak sampai sejam di dusun kampung encik suami, dah hampir penuh boot kereta dengan segala macam buah-buahan. Kami yang duduk di kerusi belakang terpaksa la menahan aroma bau durian sepanjang perjalaenan balik ke Rasah, walaupun encik suami siang-siang dah turunkan tingkap kereta seluas-luasnya. Sampai je rumah mertua, masing-masing dah mabuk dek lama sangat menghidu bau durian...huhu!

Next: Pegawai SPRM ditangkap berkhalwat dengan wanita Indonesia

Posted: 04 Mar 2013 06:08 PM PST


PENSYARAH RASUAHSEREMBAN – Seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan pasangannya seorang wanita warga Indonesia masing-masing didenda RM1,800 oleh Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam selepas mengaku bersalah berkhalwat di sebuah rumah di di Mantin dekat sini Jumaat lalu.

Hakim Syarie, Hamizan Mohd. Nor menjatuhkan hukuman tersebut terhadap Miswandi Samin, 55, dan pasangannya, Dewi Maryanti, 23, selepas kedua-dua mereka mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan.

Terdahulu, Pendakwa Syarie, Wan Mohd. Helmi Masran yang mengendalikan kes berkenaan memohon kes tersebut dijalankan secara tertutup dengan alasan mendapat arahan daripada pihak atasan.

Bagaimanapun, Hamizan menolak permohonan pihak pendakwaan selepas Wan Mohd. Helmi gagal memberi alasan mengapa kes berkenaan perlu dijalankan secara tertutup.

Menurut kertas pertuduhan, Miswandi yang bertugas di Putrajaya dan Dewi yang bekerja di sebuah kilang di Nilai didakwa cuba melakukan persetubuhan haram dengan berkurung di sebuah rumah di Apartmen Sri Palma di Kolej Lagenda, Mantin dekat sini kira-kira pukul 5.15 petang pada 1 Mac lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 61 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan iaitu berkurung sehingga mendatangkan syak bahawa mereka melakukan maksiat dengan pasangan yang bukan mahramnya.

Jika disabitkan dengan kesalahan tertuduh boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Selepas mendengar rayuan kedua-dua belah pihak, Hamizan kemudiannya memerintahkan kedua-dua pasangan berkenaan masing-masing dikenakan denda RM1,800 atau satu bulan penjara sekiranya gagal menjelaskan denda.

Pasangan berkenaan menjelaskan denda tersebut.

Mengikut fakta kes, sepasukan Penguat Kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) menyerbu rumah berkenaan selepas menerima aduan awam kira-kira pukul 4.40 petang.

Ketika pemeriksaan penguat kuasa JHEAINS mendapati pintu apartmen berkenaan berkunci dan mereka terpaksa mengumpil pintu selepas penghuninya enggan memberikan kerjasama.

Dalam pemeriksaan itu, pihak JHEAINS menemui Miswandi yang memakai kemeja dan seluar panjang bersembunyi di dalam bilik air di sebuah bilik.

Dewi yang memakai baju-T dan seluar paras lutut ketika kejadian dijumpai bersembunyi di bawah katil di sebuah lagi bilik.

Pemeriksaan lanjut mendapati pasangan berkenaan tidak mempunyai sebarang hubungan yang sah dan bukannya suami isteri. – Kosmo


Tiada ulasan:

Catat Komen

ads