SEREMBAN 29 Feb. – Kediaman pelawak terkenal tanah air, Ahmad Nabil Ahmad atau lebih dikenali sebagai Nabil dipecah masuk sekumpulan penjenayah di Kampung Masjid, Mambau di sini hari ini.
Kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 9.55 pagi apabila penjenayah itu memecah masuk rumah keluarga juara Raja Lawak musim kedua itu yang kini dihuni bapa saudaranya melalui bahagian belakang rumah itu.
Menurut bapa saudaranya, Rahmat Abd. Latiff, 55, kejadian disedari sebaik sahaja dia tiba di rumah selepas pulang menghantar anak perempuannya ke tempat kerja di sebuah pusat beli-belah berhampiran.
"Saya nampak pintu belakang rumah sudah terbuka dan kesan umpil pada jeriji tingkap di salah sebuah bilik tingkat bawah.
"Tanpa berlengah, saya bergegas masuk ke dalam rumah dan mendapati bilik tidur diselongkar, habis semua pakaian sudah bersepah di atas lantai," katanya ketika ditemui di rumah itu hari ini.
PEGAWAI SPRM (kanan) menyoal siasat suspek (kiri) selepas cuba memberi rasuah di Seremban semalam.
SEREMBAN – Seorang lelaki diberkas ketika cuba merasuah RM2,000 kepada pegawai penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) untuk mengelak daripada dicekup kerana menjual diesel subsidi di pasaran gelap semalam. Suspek berusia 40 tahun tersebut diberkas pada pukul 1.15 petang oleh pegawai Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) yang turut serta dalam serbuan itu. Sumber berkata, sebelum diberkas, pihak KPDNKK telah menahan seorang pekerja suspek berusia 38 tahun ketika dia sedang mengisi bahan bakar tersebut ke dalam dua buah tangki yang boleh memuatkan 1,000 dan 3,000 liter diesel di sebuah stesen minyak di Mambau dekat sini. Katanya, dua tangki tersebut dibawa dengan menggunakan sebuah lori tiga tan yang bertutup. "Pihak berkuasa kemudian dibawa ke sebuah taman perumahan berhampiran untuk berjumpa dengan majikannya bagi 'menyelesaikan' kes tersebut.
"Sebaik sampai, majikan lelaki itu cuba merasuah RM2,000 sebagai dorongan untuk tidak dikenakan tindakan. Pegawai SPRM yang menyamar kemudian terus menahan lelaki itu," katanya sambil memberitahu suspek telah menjalankan kegiatan haram itu sejak lebih setahun lalu. Menurut sumber itu, suspek akan mengisi sekurang-kurangnya 4,000 liter diesel subsidi sehari sebelum dihantar ke sebuah stor dekat sini yang mampu menyimpan sebanyak 50,000 liter bahan bakar tersebut pada satu-satu masa. "Suspek membeli diesel itu pada harga RM1.80 seliter tetapi dia akan menjual kepada pihak ketiga dengan harga antara RM1.95 hingga RM2 seliter untuk dihantar ke pasaran gelap," katanya. Ujar sumber itu, suspek mendapat keuntungan mencecah RM40,000 sebulan. Ketika dicekup, dia datang dengan menaiki sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Ssangyong Rexton. "Suspek hanya mengisi minyak pada waktu malam dan akan mengupah RM10 kepada pekerja stesen minyak untuk tutup mulut," katanya.
Pada mlm raya ke lima, rumah kami menganjurkan majlis berbeku. Saudara mara blah mak dan ayah datang dari petang membantu proses mengemas, menyedia bahan mentah dan membakar. Rumah terbuka dan tertutup ni tuk kaum family dlm n9...yg jauh tu tp dkt dpt la dtg...kwn2 rapat adik2 dan jiran...idea nih timbul mse bergurau sesama Mak Chik Zamah mlm mak kluar hospital semalam...bnda tak rancang betul2 pn... Tp esok hari tu jadi gak BBQ...huhu...
Operasi menghidupkan api....Tugas Pak Chik Farid, Idam, Anip dan aku...Kasi bakar besar2....Muahahaha....!!
Operasi di dapur sblm perempuan melayu terakhir yg lain sampai...Mase ni Awe dan Mak Chik Dayang je ade kt dapur..Mak Chik Zamah kt dpn.
Operasi memulakan bakar ikan2, ayam, sosej dan prepare meja buffet...
Ayam yg mula2 aku bakar...baru siap satu meja...ade spagetti, nasi impit, laksa dan buah2an...
Operasi makan2...semua jamu selera. ambil sendiri. Ade awekz junior aku dlu, kwn adik aku, dh lawa2 dah...dorg igt aku tp aku je tak igt dorg...ampun...yg lelaki aku igt lg sbb aku ade jumpe dorg lg...
Adik mak, Pak Chik Din dan ayah mmg gila2 zaman bujang dorg..sampai tua pn sama lg...
Pak Chik Farid dan Mak Chik Zamah yg awal sampai pada hari tu.
Ikan talapia bakar yg tgh tunggu turn untuk dilapah...
Kucing aku, Mokdek yg tak lupe nak buat aku kabut sikit...Ko jgn curi ikan tu!
Si bujang dan si dara menjamu selera di ruang tamu...
Mkn kt luar la...dpt duduk bersila sambil ambil angin...huhu...
Pak Chik Tapa mencapai mknn lagi...Pak Andak Din dan mak melihat dgn sabar dan sedih sbb diorg berpantang mkn byk..sakit mcm2.. Pak Chik tu pn same gak tu...buat2 lupe..bg la yg kecik tu habiskan...hehe...
Kawan2 Jaja, selaku budak bawahan aku mse sekolah dlu...apis, amri, amad, fizi, norsham, rabiatul, dan yg lain2 tu jgn kecik ati...aku igt korg...byk plak nk tulis nnt..
Sepupu aku yg masih bersekolah...Semangat badan ko, Haikal!
Maaf la korg mkn kt blkg kerusi...aku pn tak perasan...sian korg...
Ni lg 2 org...Iwan, Along...mkn kt dpn tu...jgn tgk tv plak kt sini... join kwn yg lain tu..
Sampai masa tuk angkat kaki pulang...dah kenyang dah...Maaf Pok Ngah...hehe...
Selesai progam mlm tu...ape lg...letih la ktorg membasuh pinggan mangkuk dan mcm2 tu...nasib aku ade adik beradik ramai yg saiz pn ehem2...haha...selesai...tujuan program ni nk eratkan silaturrahim dan bg peluang yg muda2 nih bersosial sesama dorg...tak cukup dgn hp je bai...k..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan