Khamis, 21 Februari 2013

di negeri sembilan - Google Blog Search

di negeri sembilan - Google Blog Search


MENARIK! PANORAMA DEEPAVALI <b>DI</b> #<b>negerisembilan</b>! - MHS

Posted: 13 Nov 2012 05:59 PM PST

Rasah, 13 Nov – Sambutan Deepavali Peringkat Negeri Sembilan 2012 akan di sambut di Padang Majlis Perbandaran Seremban (MPS) pada 20 November 2012.
Majlis berlangsung sebelah petang dan warga Negeri Sembilan di jemput hadir terutamanya kepada penduduk berhampiran Seremban. Manakala yang berada di luar kawasan Seremban pula  di alu-alukan kehadiran.
Kenyataan dikeluarkan Dato' Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan ketika sidang media ringkas di Rumah Terbuka Sambutan Hari Deepavali Dato' T. Rajagopalu, Pengerusi MIC Negeri Sembilan.
Beliau yang telah memulakan kunjungan dan melawat sahabat-sahabat berbangsa India sejak pagi amat sukacita kerana perayaan tahun ini di sambut dengan meriah.
Tetamu yang hadir ujarnya, bukan sahaja di kalangan berbangsa India, tetapi melibatkan semua kaum di negara ini.
             Katanya kepada pemberita, "inilah cantiknya Malaysia kerana masing-masing menyambut secara
             bersama tidak mengira perayaan."
Tambah beliau, "suasana dan keadaan ini jarang didapati di negara lain, tetapi di negara ini segala perayaan di sambut bersama, dan masyarakat luar negara beranggapan ini sesuatu yang unik."
"Semoga dengan keunikan ini, ia dapat dikekalkan selamanya bagi membina sebuah negara yang benar-benar merdeka dan menjaga perpaduan di antara satu sama lain."
"Juga, semoga generasi akan datang merasai dan menjiwai dengan apa yang sedang diusahakan pemimpin hari ini untuk mereka di masa hadapan." Ujar beliau.-DIPETIK dari N9Kini.com

Saksikan Panorama sambutan Deepavali yang disambut di Negeri Sembilan !
















Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads