di negeri sembilan - Google Blog Search |
Relevankah undi pembangkang <b>di Negeri Sembilan</b>? - DARAH <b>...</b> Posted: 23 Jan 2013 03:14 AM PST JIKA fail lama dibuka, entah berbakul agaknya janji pembangkang yang tidak ditunaikan di Negeri Sembilan ini. Jangan pergi jauh, lihat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ampangan, Sikamat dan Paroi, di mana dua kerusi itu kini dikuasai Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan satu Pas. Mana pembangunan yang dijanjikan pembangkang pada Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu, sedangkan hasil pembangunan yang ada pada hari ini khususnya di tiga kawasan itu adalah usaha kerajaan Barisan Nasional (BN) keseluruhannya. Hari ini mereka berjanji lagi dan kali ini dalam poster yang dipasang merata-rata di kawasan Seremban, tanpa diletakkan gambar pemimpin DAP. Mereka menjanjikan pendidikan percuma, hapuskan tol, wifi percuma, elaun datuk adat RM1,000, imbuhan guru RM500 sebulan, harga kereta lebih murah, lebih banyak subsidi kepada rakyat dan banyak lagi. Siapa lagi di kalangan rakyat negeri ini yang cuba mereka bohongi. Harga kereta murah, sekarang pun sudah ada yang murah dan mampu dimiliki rakyat. Isu datuk adat, berapa ramai datuk adat yang ada dalam Negeri Sembilan ini, yang hendak diheret dalam janji terbaru ini? Jangan memperbodohkan rakyat Negeri Sembilan terhadap pemberian wifi percuma ini, kerana sudah banyak kawasan awam di negeri ini menyediakan perkhidmatan sedemikian. Kalau susah sangat, di kedai mamak pun ada perkhidmatan wifi percuma dan rakyat boleh buka laptop dan nombor pin sudah tertera pada dinding kedai makan. Cuba lihat pula soal pemberian subsidi kepada rakyat dan berapa banyak yang mereka berikan kepada rakyat Negeri Sembilan ini? Rakyat hari ini bijak, intelektual, cerdik dan ilmuwan, maka isu subsidi ini mereka lebih maklum yang banyak menunaikan janji dalam hal ini ialah kerajaan BN. Perhatikan pula apa yang berlaku dalam DAP. Jangan fikir parti ini senyap sebenarnya mereka lebih agresif berbanding PKR dan Pas. Ini kerana tunggak sebenar dalam pakatan pembangkang ialah DAP. Mereka cuba menafikan sentimen anti-Melayu dan anti-Islam. Mereka melaungkan prinsip CAT (Compentency, Accountability, Transperancy) atau Cekap, Akauntabiliti, Telus dalam semua hal. Malang sekali, cakap mereka tidak seperti yang diamalkan. Mana ada CAT dalam DAP. Buktinya, pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) parti DAP, pada 16 Disember lalu sehingga memaksa ahli akar umbi khususnya di Negeri Sembilan ini bangkit menentang. Naib Pengerusi DAP Cawangan Ladang Paroi, David Dass berkata: "Lain kali jangan sibuk bercakap tentang perhimpunan Bersih atau memperjuangkan ketelusan dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), sedangkan tiada ketelusan dalam pemilihan parti DAP sendiri." Ini soal maruah parti, DAP semakin kalut. Pergolakan dalaman DAP sebenarnya membusung dan di Negeri Sembilan ini, banyak kelompok di mana satu pihak menyokong 'orang lama' seperti Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng; Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Pengerusi DAP, Karpal Singh dan satu pihak lagi merupakan penyokong kepada 'tsunami Ramasamy' iaitu Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II, Dr. P. Ramasamy. DAP jangan cepat melenting dalam perkara ini, akur cakap akar umbi supaya diadakan semula pemilihan parti itu dan nafikan keputusan yang dibuat pada 16 Disember lalu. Pernah seorang pemimpin DAP berkata, parti itu bertunjangkan ideologi sosial demokrasi, di mana membawa maksud memperjuangkan keadilan sosial, kesamarataan peluang, kebebasan dan solidariti. Maka dalam konteks ini, bersihkanlah dahulu dalaman parti, sebelum bercakap soal yang lebih besar iaitu demokrasi rakyat. Satu lagi mesej yang menarik oleh David Dass, ''Jika mereka (pemimpin tertinggi) tidak mampu memberikan ketelusan dan keadilan dalam parti, bagaimana ia hendak diberikan kepada rakyat dan masyarakat negara ini." DAP harus ingat, jangan lihat kehadiran dua orang akar umbi yang membuat sidang akhbar di sebuah kedai mamak yang ada wifi itu sebagai perkara kecil. Kata David Dass, ''Jangan fikir kami kumpulan minoriti ini tidak mampu memberi respons, mungkin hari ini jumlahnya dua, tetapi saya percaya ia akan menjadi 20 seterusnya 200, kemudian 2,000 dan boleh jadi 200,000 yang tidak berpuas hati." Cuba kita perhatikan pula janji pembangkang di Negeri Sembilan ini, untuk memberikan imbuhan kepada guru sebanyak RM500 sebulan. Cukuplah cubaan untuk mengelirukan rakyat, imbuhan ibu tunggal di Selangor pun belum dapat diselesaikan. Pendek kata, apa yang berlaku dalam DAP, PKR dan Pas hari ini ialah mereka sebenarnya takut kepada slogan BN iaitu 'Janji Ditepati' kerana pembangkang banyak tidak dapat menunaikan janji mereka sejak dahulu lagi. Perlu ditegaskan bahawa pembangkang juga tidak selamat di Negeri Sembilan ini. Jangan angkuh dengan kedudukan sedia ada dan berkempen di merata tempat, kononnya Negeri Sembilan ini akan dirampas. Pembangkang terlupa, undi majoriti kecil di Bahau-DAP (837), Sikamat-PKR (499), Ampangan-PKR (165), Port Dickson-PKR (733) dan Repah-DAP (533) untuk kerusi DUN dan di kawasan Parlimen di bawah majoriti 5,000 undi iaitu di Telok Kemang (PKR) dan Seremban (DAP) boleh sahaja kembali menjadi milik BN pada pilihan raya akan datang. Maka, rakyat perlu menilai kerana hari ini pembangkang sendiri pun tidak telus dalam perjuangan mereka dan ini diakui oleh ahli DAP dalam sidang media di Seremban dalam isu pemilihan 16 Disember lalu. Jelaslah, kerajaan yang menepati janji tentulah BN dan jangan pula, selepas membaca tulisan ini, penggerak 'Gelombang Biru' terus dibuai mimpi kerana inilah titik untuk BN memastikan kawasan yang dinyatakan itu selain di Paroi-Pas (1,107) dan Rahang-DAP (1,091) kembali dirampas dalam pilihan raya umum kelak. Bangun dan jangan tidur, masa semakin hampir. Air yang tenang, jangan disangka tiada buaya kerana kealpaan BN di Negeri Sembilan ini boleh menjadi senjata kepada pembangkang untuk negeri yang menjadi sasaran mereka sejak keputusan pilihan raya umum 2008 lagi. |
You are subscribed to email updates from di negeri sembilan - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan