05 di tampin - Google Blog Search |
Stesen keretapi <b>Tampin</b> – kenangan menyapa - Kamversation Posted: 13 Feb 2013 03:53 AM PST Bagi anak-anak tempatan dari Tampin, Pulau Sebang dan sekitarnya, yang telah berhijrah keluar, masih ingat tak lagi stesen keretapi Tampin? Tahu tak, Stesen Tampin kini sebenarnya sudah dikenali sebagai Stesen Pulau Sebang/Tampin. Sumber maklumat ini saya dapat dari pengumuman yang terpapar di laman web KTMB di www.ktmb.com.my, yang dikeluarkan pada 4 Januari, 2013 dan bertajuk " Pertukaran Nama Stesen Tampin Kepada Stesen Pulau Sebang/Tampin." Mungkin bagi yang tidak tahu mengenai Tampin tertanya akan sebab nama Pulau Sebang yang ditambah. Pada pendapat saya, nama itu sesuai memandangkan stesen tersebut yang kedudukan geografinya di Pulau Sebang. Untuk makluman juga, sudah menjadi kebiasaan, bila Tampin disebut dalam perbualan ia secara umumnya merangkumi Pulau Sebang yang di sebelah dan ditadbir Melaka. Itulah antara keistimewaan kawasan berkembar Tampin/Pulau Sebang berdasarkan letaknya di sempadan Negeri Sembilan dan Melaka. Terkini, stesen keretapi tersebut sedang mengalami perubahan. Menarik lagi, artikel yang diterbitkan pada 6 Februari, 2013 oleh New Straits Times, bertajuk "Goodbye to Tampin rail station," menceritakan tentang pembanguan di stesen itu dan menyebut serba sedikit sejarah stesen tersebut yang rupanya sudah berusia 108 tahun. Artikel itu boleh dibaca di pautan berikut: Pautan. Antara pengalaman-pengalaman zaman usia persekolahan saya ada yang dirakamkan di stesen tersebut dan sekitarnya. Di tepi gudang bersebelahan bangunan stesen utama yang kecil dulu itulah saya ada menghabiskan waktu petang dan berteduh sambil menjaga lembu yang meragut makanan di sawah terbiar berhampiran — tugasan yang kadang-kadang dijalankan sendirian atau sambil menemankan abah. Kantin di stesen juga dilawati untuk membeli minuman atau makanan. Ada juga saya memerhati sambil cuba meneka apakah mesej yang cuba dikomunikasikan oleh pekerja stesen yang mengibar bendera ke arah petugas keretapi yang berlepas atau yang menghampiri stesen. Bunyi tiupan wisel yang kuat juga adalah suasana rutin di stesen bersejarah itu. Tak saya lupa kesesakan-kesesakan lalu lintas yang berlaku di jalan dari arah Tampin dan dari kawasan Pulau Sebang – disebabkan jalan ditutup dek pintu atau "gate," untuk memberi laluan kepada keretapi yang kadang-kadang sarat dan berjela-jela panjangnya. Anak sungai berdekatan dan selari dengan bangunan-bangunan di stesen itu, juga menjadi tarikan untuk menghabiskan masa cuti sekolah dengan aktiviti termasuklah mencari ikan yang tak seberapa. Tapi kan, itu dulu, sekarang dah lain. Pembangunan rancak dijalankan di stesen keretapi di sebelah kampung saya. Itulah kampung den. Oleh: Kam Hashim Nota: Artikel ini adalah salinan dari artikel yang ditulis oleh Kam Hashim dan disiar pada 11 Februari, 2013 di laman Facebook penulis sendiri. *** |
You are subscribed to email updates from di tampin - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan