Jumaat, 1 Februari 2013

05 di juasseh - Google Blog Search

05 di juasseh - Google Blog Search


Pengacara Majlis

Posted: 22 Jan 2013 01:46 AM PST

TEKS PENGACARA MAJLIS PENDAFTARAN PELAJAR TAHUN 1 KOLEJ VOKASIONAL JUASSEH 2013

Mengumumkan Ketibaan
Mengumumkan ketibaan Yang berbahagia Pengetua Cemerlang Puan Nor Asikin Binti Md Shazilli, Tuan Pengetua SM Vokasional Juasseh, barisan guru-guru SMVJ, tuan-tuan dan puan- puan, hadirin dan hadirat serta pelajar tahun 1 kolej yang bakal mendaftar pada hari ini. Selamat datang kami ucapkan.

Pembuka Bicara

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
الحمد لله رب العالمين والصلوة السلام على اشرف الأنبياء والمرسلين
وعلى أله وصحبه أجمعين.
رب اشرح لي صدري ويسر لي امري
وحلل عقدة من لسلني يفقح قولي.

Assalamualaikum dan salam 1 malaysia
Protokol

1. Yang berbahagia Tuan Pengarah Kolej Vokasional Juasseh, Puan Nor Asikin Binti Md Shazilli

2. Yang berusaha Timbalan Pengarah Akademik kolej , En Sarimen Bin Sapiei
3. Yang berusaha Timbalan Pengarah Sokongan Akademik kolej ,Pn Zaidah Binti Danial,
4. Ketua Unit Jaminan Kualiti Kolej, Pn Hjh Rusnawati Binti Hj Juda,
5. Ahli –ahli Jawatankuasa Pelaksana majlis pendaftaran tahun 1 Kolej
6. Para Pensyarah kolej Vokasional Juasseh
7. Pelajar tahun 1 Kolej berserta penjaga dan keluarga serta
8. Tuan-tuan dan puan-puan yang di rahmati sekelian

Kata alu-aluan

Bukan lebah sebarang lebah
Lebah bersarang di pohon kayu
Bukan sembah sebarang sembah
Sembah adat pusaka Melayu

Alhamdulillah, bersyukur kita terhadap Allah swt atas limpah kurniaNya diberi kekuatan kepada kita untuk bersama-sama berkumpul dalam majlis yang berbahagia ini bagi menyempurnakan majlis pendaftaran pelajar tahun 1 Kolej Vokasional Juasseh bagi tahun 2013. Terlebih dahulu pihak majlis ingin mengucap kan selamat datang pelajar sulung tahun 1 sesi 2013-2016 kolej vokasional juasseh dan juga kepada hadirin dan hadirat yang dirahmati sekelian.

Pergi berhuma di Tanjung Rokan
Sebelum pulang mengail ikan
Kehadiran tuan-puan kami alukan
Kecil telapak tangan nyiru kami tadahkan

Bacaan Doa

Sidang hadirin warga gemilang yang dimuliakan,

Kalau pergi ketanjung keramat
Anak manis jangan di angkat
Bersama kita memohon rahmat
Moga majlis mendapat berkat

Sehubungan dengan itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan ustadz Hasbullah Bin Ali untuk memimpin bacaan doa. Majlis dengan segala hormatnya dipersilakan.

....Tamat Bacaan doa
Amin Ya rabbal alamin...Majlis mengucapkan terima kasih kepada ustaz ustadz Hasbullah Bin Ali atas pimpinan bacaan doa itu tadi.

Ucapan alu-aluan MC

Hadirin- hadirat yang dihormati ,
Buat pengetahuan hadirin dan hadirat, kolej vokasional juasseh telah melalui transformasi pendidikan vokasional dimana ia ber kola borasi dengan industri bagi menginovasi pengajaran dan pembelajaran yang berupaya menghasilkan tenaga kerja mahir dan usahawan. Hal ini, secara tidak langsung bakal melahirkan graduan diploma kemahiran yang diktiraf kerajaan bagi persediaan melanjutkan pengajian vokasional yang lebih tinggi atau usahawan yang berdaya saing.
Kolej Vokasional juasseh juga masih mengekal kan dua program pengajian iaitu program pendidikan vokasional dan program latihan kemahiran. Dibawah program ini telah menawarkan pelbagai bidang, diantaranya adalah
1.Bidang Teknolgi kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan dibawah kursus..
a. PEMESINAN INDUSTRI CVAM (PI)
b. TEKNOLOGI KIMPALAN CMWT (TK)
c.TEKNOLOGI AUTOMOTIF CMAT (TA)
d. TEKNOLOGI PENYEJUKAN DAN PENYAMANAN UDARA CMAC (TPPU)

2.Bidang Teknolgi kejuruteraan Elektrik dan Elektronik di bawah kursus…

a.TEKNOLOGI ELEKTRIK CEEK (TE)
b.TEKNOLOGI ELEKTRONIK CEEN (TEN)

3.Bidang Teknolgi kejuruteraan Awam di bawah kursus…

a.TEKNOLOGI PEMBINAAN CCCT (TP)

4. Bidang Perniagaan di bawah kursus…

a. PENGURUSAN PERNIAGAAN CBBA (PP)
b. PERAKAUNAN CBAC (PA)

5.Bidang Teknologi maklumat dan komunikasi di bawah kursus…

a. SISTEM KOMPUTER DAN RANGKAIAN CICS (SKR)

Manakala , program latihan kemahiran pula ditawarkan kurusus

1. Mekanik penyejukbekuan dan penyamanan udara
2. Juruteknik Automotif
3. Juruteknik Kimpalan
4. Juruteknik elektrik

Ucapan Alu-aluan TPSA

Para hadirin yang dihormati sekalian,
Bukan rumput sebarang rumput
Rumput penghias tepi halaman
Bukan jemput sebarang jemput
Jemput memohon kata aluan

Untuk itu, Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan yang berusaha Timbalan Pengarah Sokongan Akademik Kolej Vokasional Juasseh Pn Zaidah Binti Danial untuk menyampaikan taklimat dan ucapan alu-aluan
Dengan segala hormatnya majlis mempersillakan.

……………….Tamat Ucapan

Majlis mengucapkan terima kasih kepada yang berusaha Timbalan Pengarah Sokongan Akademik Kolej Vokasional Juasseh atas taklimat dan ucapan alu-aluan sebentar tadi

Taklimat TPA
Warga dewan gemilang yang dikasihi, acara diteruskan lagi dengan mempersilakan yang berusaha timbalan pengarah akademik Kolej En Sarimen Bin Sapie untuk menyampaikan ucapan, dengan segala hormatnya dipersilakan

…………………………..
Majlis mengucapkan terima kasih kepada yang berusaha timbalan pengarah akademik Kolej En Sarimen Bin Sapie atas taklimat sebentar tadi

Ucapan pengarah

Para hadirin yang dihormati sekalian,

tampak cahaya jauh di kuala
kerdipan cahaya menawan hati
Tuan Pengarah kita persila
ucapan perdana kita hayati

Untuk itu, Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan yang berbahagia Tuan Pengarah Kolej Vokasional Juasseh, Puan Nor Asikin Binti Md Shazilli untuk menyampaikan ucapan dan taklimat sempena majlis pendaftaran pelajar tahun 1 kolej vokasional juasseh sesi 2013-2016. Dengan segala hormatnya majlis mempersillakan.

……………….Tamat Ucapan

Demikianlah tadi ucapan yang telah disampaikan oleh yang berbahagia Tuan Pengarah Kolej Vokasional Juasseh, Puan Nor Asikin Binti Md Shazilli . Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada atas ucapan tuan pengarah kolej sebentar tadi

Pengumuman
Hadirin- hadirat yang dihormati dan dikasihi sekelian,

Buat makluman para penjaga, selepas sahaja selesai majlis sesi taklimat pendaftaran ini, ibubapa dan murid-murid yang bakal mendaftar boleh lah meneruskan sesi pendaftaran kursus seperti yang dijadualkan dalam buku program yang telah dibekalkan. Sebaik sahaja selesai, para pelajar /penjaga diminta untuk membuat pendaftaran koperasi dan seterusnya pendaftaran asrama bagi murid-murid yang ditawarkan tinggal di asrama.

Penutup

Sebelum kita bersurai, pihak majlis ingin merakamkam jutaan terima kasih kepada semua atas kerjasama yang diberikan. Segala kelemahan dan kekurangan yang berlaku semasa majlis ini berlangsung, kami sebagai J/K pengelola majlis memohon maaf.

Bersinar mentari memberi cahaya
Cahaya bersinar panas terasa
Adat majlis ada pincangnya
Maafkan kami insan biasa
Asap api embun berderai
Patah galah berderai semalu
Niat hati tak mahu bercerai
Namun masa cemburu selalu

Kami akhiri majlis ini dengan lafaz yang mulia, wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads