Sabtu, 12 Januari 2013

di negeri sembilan - Google Blog Search

di negeri sembilan - Google Blog Search


Jumlah mangsa banjir <b>di Negeri Sembilan</b> meningkat, Johor <b>...</b>

Posted: 03 Dec 2012 03:14 PM PST

Posted on December 4, 2012, Tuesday

KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir di pusat pemindahan di Negeri Sembilan semalam meningkat berbanding malam kelmarin, dengan Johor kembali dilanda banjir.

Menurut laman portal banjir Majlis Keselamatan Negara (MKN), Negeri Sembilan merekodkan peningkatan jumlah mangsa iaitu 112 orang melibatkan 27 keluarga diikuti dengan Johor seramai 21 orang melibatkan enam keluarga.

Portal MKN turut melaporkan banjir di Negeri Sembilan melanda kawasan Felda Jelai 4, Gemas di daerah Tampin dengan kesemua mangsa ditempatkan di pusat pemindahan Sekolah Agama Rakyat FELDA Jelai 4, Gemas manakala di sekitar Segamat, Johor, semua mangsa ditempatkan di pusat pemindahan banjir di Balairaya Spang Loi dan Balairaya Kampung Awat.

Sementara itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) meminta penduduk di beberapa kawasan rendah di Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Pahang, Sarawak dan Kedah berjaga-jaga berikutan bacaan paras air di beberapa sungai utama melebihi paras amaran.

Ini berikutan paras air di Sungai Bernam di jambatan SKC, Hulu Selangor dan Sungai Selangor di Rantau Panjang, Kuala Selangor masing-masing mencatat 18.57 meter dan 7.17meter, Sungai Serting di Serting Ulu, Jempol (73.88m), Sungai Muar di Pekan Rompin, Gemas (34.47m), Sungai Rembau di Titian Bintangor, Rembau (6.45m).

Paras air di Sungai Muar di Buloh Kasap, Segamat pula mencatat bacaan 9m. manakala empangan Repas, Bentong dan Sungai Triang di Triang, Bera pula masing-masing mencatat bacaan 113.67m dan 33.94m.

Paras air di Sarawak Maritime, Sibu pula 2.78m manakala Sungai Chepir di Batu 5, Sik, Kedah pula 32.89m. — Bernama

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads