Sabtu, 12 Januari 2013

05 di port dickson - Google Blog Search

05 di port dickson - Google Blog Search


Mamyharraz Blog: December <b>di Port Dickson</b>

Posted: 06 Jan 2013 07:07 AM PST

28 December - 31 December ; Port Dickson kami datang ;)

Untuk habiskan sisa baki hari menganggur hari tu..aku ke PD utk luang masa yg ada tu dgn suami dan anak tercinta ;) maklumlah skrg ni aku dan suami dah hubungan jarak jauhhhh ..  sobsss tak suka ai tauuu tp apa boleh buat..redha kan je lah..

Kiranya ke PD hari tu penutup holiday utk tahun 2012 lah .. terus terasa beruntung sbb suami kena transfer ke PD tuh...yelah..dapatlah mokcik ber holiday sambil-sambil tu kannn :D

Jom cikedaouttt aktiviti kami buat kat sana ;)

Berdebar okeh..pertama kali drive perjalanan jauh dgn budak gemok nih...serams je kot dia buat perangai..syukur dia ok ok je masa perjalanan selama sejam ke PD.

Sampai awal..jd marilah kita duduk tepian pantai sementara tunggu baba habis keje kt kem..terus aku bentang tikar , bukak payung .. duduklah kami dua beranak dengar deruan ombak sambil makan keropok :)


Syukur mood Harraz under control..walaupun adalah dengar dia merungut nak mandi..

harraz : "mami...abg nak mandi lauttt"
mami : " hmm harraz tak takut ketam besar sepit bebird awk kah"
harraz : -___________-

kuakaka sorry anakku..mami tak tunaikan permintaan awk..kita tunggu baba sampai dulu k ;)

Jenuh menanti akhirnya baba muncul :D

Selama 4 hari aku kt PD , cuaca adalah sangat lawaaaaaaaaaa!! panas berdenting .. kira oklah kan...senanglah nak kesana kemari..syukur tak hujan :D

Selain pantai apalah sangat yg ada kat PD ni kan...oh ya..kalau banyak bajet boleh pilih hotel yg gorjes-gorjes utk bermalam..bagi aku kt PD nih banyak gak pilihan hotel yg gorjes utk bermalam .. tepuk dada tanya selera masing2 ;)

FUN FAIR

Bila senja dah berlabuh .. kami tiga beranak liburkan diri kt fun fair .. area teluk kemang..bestlah jugak..layankan kehendak anak..main sauk itik dapat keychain..main roda impian dapat tabung..pastu naik permainan yg ada kt sana .. boleh tahan gumbiranya kami :D

MUZIUM TENTERA DARAT

Teruskan aktiviti yg ada ke Muzium pula..Harraz punyalah eksaited tgk banyak kerata kebal dalam muzium nih..sangat terlopong-lopong haha..pastu ajak dia balik bertabahlah aku dgn suami nak pujuk -____-"

Masuk ke Muzium ni FOC

Jalan berbukit..kalau pakai kasut tinggi mau terpeleot..huhuu.. mokcik pakai kasut flat jew yg beli kat wang kelian hari tu ... berjasa sungguh kasut harga RM10 tu ;P

Kem suami sebelah jer muzium nih..tp takdelah pulak dia nak masuk tetiba ke sini kalau aku tak ajak beria ;P
Pernah baca entry wahida tentang muzium ni sebab tu aku teringin sangat nak masuk..memang tak nafikan mmg best dalam muzium ni..banyak info yg kita boleh tahu .. oklah kan sesekali baca sejarah best apa ;) Harraz happy sgt dapat cuci mata tgk kereta kebal ni semua hehe habis semua dia nak try naik...aku pun happy tgk ank happy ;) Jelajah masuk muzium bawah tanah..al-serams sikit..hehehe sbb lorong bawah tanah tu sempit semacam jew Nanti kita datang lagi ke sini ya sayang :) Bye Muzium tentera darat ;)

TEMPAT MAKAN

 Sate haji samuri pun ada kt PD ;)

Tempat makan kat PD ni banyakkk sangat pilihan..seeafood , nasi campur semua berlambak je aku tgk..cuma pilih jew ikut kesedapan hati..alhamdulillah setiap kali pilih tempat makan mesti pilihan kami tepat! semua menu pun sedap-sedap belaka..harga pun lebih kurang kt KL ..tak mahal tak murah so so gittew ;) Selama kt sana pilihan menu kami ulang-ulang yang sama..saja malas nak cuba yg lain kang ank pulak tak makan..baiklah pilih makanan yg ank makan kami mak pak ikut je kot mana pun tak mengapa :)

PANTAI

Area Teluk Kemang sentiasa pack je manusia..tapi aku tgk area pantai kt pasar malam PD tu kurang manusia..mungkin sebab tak de jual2 baju , makanan area pantai kot ? entahlah..tp pantai yg area pasar malam tu pun ok jer..cuma kurang berombak..oklah selamat sikit nak bagi ank main2 pasir kt situ ~

Kami kt pantai area pasar mlm .. aku suka kt sini sbb dapat wifi free hehe..line dari avillion huhu..dah boleh connect apa lagi ber instag lah kitew ;)
Harraz ni penggeli sikit..geli kt pasir lembik tu..haihhh... oh anakku hero mana boleh geli-geli be strong k ;) aku cam biasalah..diva mana nak g celup kat air..diva tau makan kopok sambil minum air soya jew kt tepian pantai..sambil nikmati sunset #sahnakkenalempang -__-" Okey, ni pulak area Teluk Kemang ~ kt sini happening dgn segala banana boat bagai..ada duit ? ada berani ko boleh cuba..aku? mak gayatttt keh..tak seswei naik benda tu semua =P

Alhamdulilah ..selama 4 hari kt sini anak aku puas sgt dapat berendam dalam laut...balik hotel nasib dia tak tau ada swimming pool kt belakang room kami tu ;P ohhh memang suami aku stay kt PD nih..tp dah nama pun holiday kannn saja mengada nak duduk hotel :")

alaaaa aku tak mintak duduk lexis ponnnn tak mintak dok avillion ponnnn kami cuma stay kt sinunnnnn ~

HOTEL

Hotel Sri Malaysia ;)

 Kalau bukan peek season bolehlah dapatkan diskaun kalau ko gov. serv. time aku stay kan peek season..tak dapeklah diskaun..

Tapi harganya masih masuk dek akal fikiran...konsider murahlah jugak.. satu malam RM170 include 2 breakfast .

Ambik yg standart room single bed ada 2 - ni pun bersyukur ada kosong.. masa ni mmg manusia dah ramai  dtg PD sbb nak sambut new year.. Apa susah..single tu kita cantumkan terus jadi king size ;P hewhew Jangan memain..walau tv tu bangsa dah tua..tetapi segala chanel astro ada okeh! .. dapatlah aku tgk maharajalawak malam tu ;) Breakfast yg ada standart jelah...roti,nasi goreng,kuewtiaw goreng..cereal,kopi , teh...biasa-biasa je ;) yg penting boleh kenyang :D
Okey,harraz dan mami mau pulang ke KL sudah..baba on work monday tu..mula tak plan pun baba balik masa new year tu..cuti pun sehari je..ingat dia tak balik..rupanya ptg monday tu habis je work baba balik KL :) kami berdua happy sangat :)
Gitulah hubungan jarak jauh...sentiasa mengira hari utk berjumpa..alahai...sampai bilalah nak berakhir aku pun tak tahu..apapun semoga Allah sentiasa permudahkan langkah kami.amin ya rabballamin.
Bye PD.. utk sekarang kita berpisah..mungkin waktu terdekat ni kami ulang lagi ke sini ;D
PD dan KL bagai sekangkang kera je skrg ni..satu jam perjalanan aku rasa dah mcm 20 minit je..sbb dah dok ulang-ulang terasa dekat je pulak huhuhu #pujukhati

Berakhirlah holiday utk 2012 kami..

Happy New Year korang :)

happy read ;)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads