Khamis, 10 Januari 2013

di negeri sembilan - Google Blog Search

di negeri sembilan - Google Blog Search


Banjir <b>di Negeri Sembilan</b> | "phat corner"

Posted: 02 Dec 2012 04:42 PM PST

Assalamualaikum WBT

Yey dapat pegang keyboard semula yey *happy sangat rasa setelah seminggu meninggalkan keyboard ni  .. ok abaikan ayat selingan tu ;-).. hari ini aku kembali ke pejabat setelah lebih seminggu berkelana di luar. Kena outstation jadi aku update blog pun guna telefon je..tu pasal 3 entry sebelum ni comel comel lote je huhu..

nuffnang_bid = "916a2e237c14137532c88b76c8203b65";


So hari ini dapat jugak rasa update guna PC ..eh eh mukadimah tak sebut pulak pasal banjir kan kan...sabor sabor jap lagi masuk la babak banjir tu ..standard cerita melayu la kan hehehe...



Aku habis kerja luar hari jumaat jadi aku kena la amik anak dan isteri aku di kuantan di rumah mertua..sebab sebelum aku outstation aku hantar dia orang ke sana..plan asal balik dari rumah mertua di kuantan terus ke rumah mak aku di Kuala Pilah pada petang jumaat..tapi disebabkan last minit bos call suruh aku gantikan dia pada satu event di Genting aku terpaksa ubah plan..

Jadi hari Ahad pagi baru la aku boleh balik ke Kuala Pilah..aku kena juga balik bukan sebab apa sebab ada majlis kahwin kat rumah pak cik aku..selesai majlis aku balik ke rumah mak aku dan malam dalam pukul 8 baru aku, isteri dan anak aku gerak balik ke Temerloh ..

Dalam pukul 5 sampai pukul 8 ni hujan tak berhenti-henti kat rumah mak aku..tapi kat rumah mak aku ni tak banjir pun..cuma aku memikirkan jalan aku nak balik ke Temerloh jap lagi..sebab kawasan Ayer Hitam ( dekat ngan Pasoh tu memang kawasan banjir)

Sangkaan aku memang tepat sebab jalan Ayer Hitam tak boleh dilalui oleh kenderaan ringan.. jadi aku terpaksa la u turn dan ikut jalan Serting..syukur semua selamat..jalan area serting tiada tanda tanda banjir walaupun hujan masih tidak lagi berhenti..

Masa aku lalu kawasan Ayer Hitam tu ..pondok polis ayer hitam yang menghadap simpang pasoh tu memang dah naik air..kesian geng-geng Polis balai mereka naik air..

p/s : tahniah Malaysia layak ke SF AFF SUZUKI CUP


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads