Selasa, 22 Januari 2013

05 di sikamat - Google Blog Search

05 di sikamat - Google Blog Search


KHOBAR ORANG NOGORI: Hadiah untuk penduduk <b>Sikamat</b>

Posted: 17 Jan 2013 05:37 PM PST

HAMIZAH BASIR
17 Januari 2013

SEREMBAN – Masyarakat di sekitar Sikamat bakal menikmati kemudahan dewan orang ramai apabila Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan merasmikan majlis pecah tanah Dewan Orang Ramai Sikamat, di sini, kelmarin.

Dewan yang dianggarkan bernilai RM3.7 juta dan mampu menampung seramai 1,000 orang itu dijangka siap pada pertengahan tahun depan.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata, Kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa prihatin dengan keperluan rakyat.

"BN akan mendengar suara dan keluhan rakyat terutamanya berkaitan dengan kebajikan orang ramai.

"Dewan orang ramai ini juga adalah salah satu janji yang ditepati Kerajaan BN kepada rakyat," katanya dalam ucapan pada Majlis Pecah Tanah Dewan Orang Ramai dan Jamun Minum Teh di Tapak Pembinaan Dewan Orang Ramai Sikamat, di sini, petang kelmarin.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelancongan, Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian, Warisan dan Adat Istiadat negeri, Datuk Mohammad Razi Kail; Yang Dipertua Majlis Perbandaran Seremban, Datuk Abd Halim Abd Latif dan Pegawai Khas Pusat Khidmat Masyarakat DUN Sikamat merangkap Pengerusi KRT Taman College Height, Taslim Khan Kutob Din.

Menurutnya, Kerajaan BN juga telah tunai janji dengan menyediakan balai polis, klinik kesihatan dan dewan orang ramai yang masih dalam pembinaan kini untuk penduduk sekitar Sikamat.

"Kesemua kemudahan tersebut adalah keperluan rakyat berikutan kepadatan penduduk di Sikamat yang semakin meningkat.

"Inilah kerajaan yang akan membela rakyat. Ia sudah terbukti selama 55 tahun kerajaan BN mentadbir negara," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads