Selasa, 22 Januari 2013

05 di jempol - Google Blog Search

05 di jempol - Google Blog Search


Dapur Tanpa Sempadan...: IKAN <b>JEMPOL</b> MASAK TAUCO..

Posted: 02 Jan 2013 10:00 PM PST


Assalammualaikum, salam Khamis, errr, mat terkonpius pagi tadi, sebab ingat hari ni, Rabu...hehe, sekali tengok jam, looo Khamis dah. Anda dah santap? Hari ni mat masak yang cukup2 mudah, ada baki ikan jempol yang mat beli, sebab tu hari dah masak singgang, jadi kali ni nak masak lain pulak. Ikan jempol yang ini bersaiz agak besar juga. Kalau anda nak kerat 2 pun boleh, tapi mat sengaja masak sekor2 takmo kasi kerat. Ini hanya masak tauco yang biasa2 tu. Kalau anda nak lebih kuah, boleh tambah air. Selain ikan jempol, boleh saja nak guna ikan lain..ikan kembong, bawal, ikan kerisi atau ikan tenggiri pun sedap....errr, sebelum tu anda tau ke apa ikan jempol tu?...Mat pun sebenarnya baru tau masa beli hari tu. Rupanya ikan jempol tu ialah ikan belanak. Bila besar dipanggil ikan jempol....

Cerita2 ikan belanak..anda tau ke rupa paras ikan belanak tu macam mana?..Kata orang ikan belanak ni ikan paling mulia dalam banyak2 spesis, kenapa pulak?...sebab dia jenis ikan bertanggungjawab pada keluarga...'bela anak'...betul tak, kan mulia namanya tu. Ok itu kalau kecil, bila ikan tu bersaiz besar nama dia Jempol pulak. Mat tak pastilah kenapa nama dia bertukar. Cuma yang mat tau isi ikan ni sedapp..tu jee...hehe...ok kita lihat resipi mudah sangat2 ni...
2 ekor ikan jempol, saiz sederhana, disiang, cuci bersih dan toskan*
Sedikit serbuk kunyit*(*disatukan dan gaul rata)
1/2 camca besar sos tiram
1/3 camca teh pes asam jawa
Hirisan daun bawang, untuk hiasan
Hirisan cili merah, untuk hiasan
  1. Ikan jempol digoreng hingga kekuningan, angkat dan toskan. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bahan tumbuk lumat hingga harum, tambah sos tiram dan tauco, kacau rata dan masak hingga wangi. Guna api kecil dan kacau selalu.
  2. Tuang air, kacau dan biar mendidih. Masukkan pes asam jawa dan juga ikan tadi, gaul rata dan masak sekejap hingga pekat. Rasa dan jika suka berkuah, anda boleh tambah sedikit air lagi. Masak sekejap lagi dan boleh diangkat. Tabur dengan hirisan daun bawang dan cili hiris sebelum  dihidangkan..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads