05 di teluk kemang - Google Blog Search |
KERENGGA: Ada rahsia besar <b>di Teluk Kemang</b>? Posted: 19 Dec 2012 12:01 AM PST PROSES penambakan pantai di Teluk Kemang, Negeri Sembilan perlu dihentikan bagi memastikan warisan negara itu terjaga dan terpelihara. Desakan itu disuarakan Pengerusi Sekretariat Bantahan Penambakan Pantai Teluk Kemang, Shaharudin A Talib dalam pertemuan dengan Ketua Pengarang, Ahmad Lutfi Othman, pada 15 Disember lalu, yang meminta Harakah membangkitkan isu ini secara lebih meluas. Shaharudin bersama Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Negeri Sembilan, Muhammad Saufi dan jurugambar Abd Ghaffar Alias, menemani Ahmad Lutfi dan keluarga, yang kebetulan bercuti di Port Dickson, menaiki bot untuk meninjau keadaan Usul tidak percaya Najib di Parlimen Ada rahsia besar di Teluk Kemang?pantai Teluk Kemang. Pantai landai dan cantik, yang sering dikunjungi, khususnya oleh penduduk sekitar dan warga Lembah Klang itu bukan sahaja bakal tercemar teruk, malah boleh membahayakan, jika kecerunan pasir yang ditambak menjadi dalam disebabkan hakisan dan kitaran alam. Kebimbangan itu ternyata berasas. Penambakan pantai Batu 4 dan Batu 5 Port Dickson, tidak jauh dari Teluk Kemang, telah mengubah kedalaman cerun dan merekodkan banyak nyawa pengunjung terkorban. Penyaluran air kumbahan yang tidak dirawat ke dalam laut juga dibantah keras. Bukan sahaja menganggu ketenteraman orang ramai yang mahu menikmati mandi laut, malah hasil pendapatan nelayan setempat terjejas teruk apabila ikan-ikan lari ke lokasi lain. Shaharudin bersama rakan-rakannya, termasuk peniaga kecil pantai dan pengusaha bot, kayak serta jet ski, tidak tinggal diam. Beliau pernah mengadakan sidang media khas di Parlimen dan membawa isu ini ke pengetahuan Menteri Besar Negeri Sembilan, melalui demonstrasi di hadapan Wisma Negeri, di Seremban, akhir Oktober lalu. Ahmad Lutfi turut ditunjukkan kawasan pantai sekitar Teluk Kemang dan Port Dickson, yang khabarnya telah diagihkan kepada kroni dan suku-sakat Umno, ketika era Isa Samad menjadi menteri besar. "Saya lebih terkejut apabila dimaklumkan kawasan perairan berdepan stesen penyelidikan Sains Marin, Universiti Putra Malaysia di Teluk Kemang ini sudah dimiliki orang persendirian, begitu juga kawasan hutan di hujung tanjung," kata Ahmad Lutfi, yang berhasrat mahu mendapatkan maklumat lebih lanjut sebelum membuat laporan khas mengenainya dalam Harakah akan datang. |
You are subscribed to email updates from di teluk kemang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan