Selasa, 25 Disember 2012

05 di paroi - Google Blog Search

05 di paroi - Google Blog Search


PAS Negeri Sembilan: Anak kembar Adun <b>Paroi</b> cemerlang dalam <b>...</b>

Posted: 20 Dec 2012 06:20 PM PST


SEREMBAN: Sepasang anak kembar lelaki Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paroi, Mohd Taufek Abdul Ghani turut mencatat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR), Rabu lepas.
Kembar sulung, Muhammad Sobri Mohamad Taufek, 15; merupakan pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Sheikh Haji Mohd Said, memperolehi keputusan 9A.
Manakala seorang lagi kembar Muhammad Syukri Mohamad Taufek, 15, merupakan pelajar di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Gemencheh Ulul Albab, memperolehi keputusan 8A 1B.
Mohd Taufek berkata dia dan isteri beliau Cikgu Mahani berbangga dengan pencapaian anak kembarnya itu yang dilihat sebagai sesuatu yang berharga untuk dikongsi bersama.
"Saya syukur kepada Allah di atas kejayaan ini dan mengambil kesempatan ini mengucapkan terima kasih kepada mereka yang telah membantu dan menyumbang dalam mencapai kejayaan ini iaitu guru-guru semasa di PASTI Al-Amal Taman Marida, SRIAS, Sekolah Kebangsaan Kampung Batu, Rembau dan semua guru di SMKA SHAMS dan MRSM Gemencheh.
"Saya dan isteri bersyukur di atas kejayaan ini.Saya juga ucapkan tahniah kepada anak-anak (pelajar) Negeri Sembilan yang berjaya dalam PMR dan bagi mereka yang kurang berjaya, terus berusaha untuk kejayaan di masa hadapan," kata Mohd Taufek.

Liga Super 2013: Sathia akur terpaksa beraksi <b>di Paroi</b>

Posted: 24 Dec 2012 05:45 PM PST


PENGENDALI Angkatan Tentera Malaysia (ATM), B Sathianathan akur dengan keputusan menjadikan Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi sebagai gelanggang tuan rumah bagi kancah Liga Super 2013.
"Apa nak buat, kami terpaksa menerima keputusan yang ditetapkan. Begitu menghairankan, stadium yang terletak di Bandaraya Petaling Jaya tidak memiliki lampu limpah yang memenuhi piawaian yang ditetapkan.


"Kami tidak dapat menggunakan Stadium Selayang berikutan ia sudah digunakan untuk dua perlawanan Liga Perdana. Meskipun jauh, saya berharap peminat akan tetap hadir untuk memberikan sokongan," katanya dipetik dalam laman web atmfa.my.
Sebelum ini, pasukan ATM beraksi di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya dan Stadium Majlis Perbandaran Selayang dalam perlawanan liga domestik sejak beberapa tahun lalu.
Sementara itu, Sathia masih mengulangi mahu membawa pasukannya berada dalam kelompok tiga terbaik Liga Super dan berusaha mara ke pentas final Piala Malaysia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads