05 di tampin - Google Blog Search |
Basikal Bukit: <b>Tampin</b> Nature MTB Ride 2012 Posted: 02 Dec 2012 08:25 PM PST Tarikh: 2 Disember 2012 Tempat:Bandar Tampin Sesi mengisi masa lapang waktu cuti diteruskan lagi.Kali ini aku gi Tampin lak.Tak berapa jauh dari Rompin tapi aku tetap duduk hotel untuk memudahkan aku bergerak ke tempat pertandingan.Kalau dok jauh susah.Nak bangun awal,nak drive agi.Duduk hotel senang sikit. Jersi yang aku dapat!Wane putih kalau gi off road sahih kotor ni Aku bertolak dari Selancar jam 2.00 petang.Kali ini tak payah guna GPS sebab aku dah tengok tempat tu kat internet lagi pun besar mana sangat la bandar Tampin tu..sampai di Tampin lebih kurang jam 4.00 petang.Aku gi stadium Tampin.Amik goodies.Dapat nombor V054.Harap-harap kali ini,nombor ini kan membawa tuah kat aku.Kali ini ramai rider dalam kategori veteran sebab 40 tahun pun dah masuk kategori ini.Aku tanya kat kerani pendaftaran tu,berapa ramai kategori veteran ni?Dia kata dalam 100 lebih....mak aiii ramainya....abislah aku kali ini...Lepas amik goodies,aku gi kat Budget Hotel T&Y.Chat lebih kurang ngan penyambut tetamu.Minta izin nak masukkan basikal dalam bilik.Dia kata ok je pakcik.Tak kisah..lagipun bilik pakcik bawah ni jer.....Hu hu pakcikkk.... Kemudahan yang disediakan untuk hotel ni biasa jer...tapi oklah dengan harga RM80.00 untuk semalam.Dekat ngan Giant dan kedai makan mamak 24 jam.Lepas daftar aku gi pasar malam jap.Cari pisang...orang kata bagus makan pisang tuk dapatkan tenaga tambahan macam pemain tenis dunia tu makan.Puas satu pasar aku tawaf tapi tak de jual pisang....ish ish tak makan pisang agaknya dia orang ni.Pas tu gi Giant lak,kot kot ada kat situ sebab masa kat Pontian tu aku beli kat Giant.Tak ader gak...memang sah pisang ni orang Tampin tak suka.Ok...cari buah kurma lak....tak ade gak.akhirnya...tak yah beli papelah..beli roti full grain je lah.Katanya banyak fiber boleh membuatkan kita tahan lapar. Malam pekena sup kambing kat kedai mamak tu tapi sup mamak ni dah macam sup Thailand la pulak....tapi hayun jer lah sedap gak sup mamak ni...cecah ngan roti nan chesse....mmmmm sedap...Masa ni perlawanan antara Malaysia dan Indonesia baru nak mula.baru menyanyikan lagu Negaraku.Cepat-cepat aku makan dan balik hotel.Tak sanggup aku nak tengok perlawanan yang mendebarkan ni.... Pagi-pagi lagi aku dah check out dari hotel.Terus ke stadium.Awal lagi..tak ramai lagi orang.Lepas pakai kasut..aku terus masuk ke stadium...warm up beberapa kali pusingan stadium.Ada sorang budak perempuan minta aku tolong adjust spedometer dia.He he senang je dik....Dalam peraturan,race ni akan dilepaskan ikut kategori.Tapi aku takut peristiwa di Batu Pahat akan berulang lagi.Jadi aku pun pergi tengok ada tak golongan V yang menyelitkan kat tempat permulaan.Hahhh ramai la pulak....jadi apa lagi aku pun terus menyelitakn diri aku kat celah-celah ratusan manusia tu.Mana boleh asik kena tipu jerkan...Sementera menunggu masa pelepasan...aku tengok2 beskal dia orang ni.Fuhhhh mahal-mahal basikal dia orang ni....memang basikal aku tu rasa kerdil sangat lau nak bandingkan ngan beskal dia orang ni....Fork depan je pun depa citer dah 2k lebih....mesti power depa ni....basikal power kayuh pun mesti power gak Kayuhan dimulakan jam 8.15 pagi oleh Datuk Khalid Yunus selaku penaung Persatuan Kembara Negara.Kayuhan peringkat awal ikut jalan tar.Permukaan yang aku biasa tak leh kayuh laju.Masa ni masing-masing kayuh laju sebab power masih banyak lagi.Aku layan je sebab memikirkan jauh lagi nak pergi ni.Aku tergelak kat satu budak yang sanggup patah balik nak ambil minuman Powerbar dia yang terjatuh...ha ha.Aksi yang bahaya sebab semua rider tengah kayuh dengan laju..... Aksi mengayuh ngan laju dibantutkan apabila semua rider terpaksa melalui satu titi yang merentangi anak sungai...kena turun beskal dan pimpin basikal tu...masa ni ade yang marah-marah sebab rider lain lambat...apala dia orang ni...sabo la....pasi titi ni ko kayuh laju-laju...selepas titi ni bermulalah episod kayuhan yang sangat hebat dan menarik....bukit yang tinggi ,jalan becak,meredah anak sungai,dan yang paling seram sewaktu menuruni bukit tinggi.Aku fobia sebab aku dah jatuh 2 kali.Luka yang ada ni pun tak sembuh lagi.Jadi aku terpaksa terlalu berhati-hati...tapi aku tabik kat rider muda yang turun bukit laju.Takut aku... aku leh potong dia orang ni masa naik bukit jer....mungkin aku ada kelebihan semasa up hill...down hill hancur sikit... Satu ketika...aku berada dalam kelompok kedua yang mengejar kelompok pertama...kami memang kayuh laju sebab turun bukit sikit...ntah macam mana dalam group ni sorang pon tak perasaan penanda jalan....pehhhhhh....kami sesat la pulakkk.Sesat dekat 500 meter....patah balik....dah 1 km...hampeh tullll....kami terpaksa pulun kejar rider-rider ang kami dah potong tadi..... Selepas tu aku kayuh dengan penuh semangat berbekalkan kudrat yang masih bersisa.Aku ader gak makan gel penambah tenaga dan aku rasa membantu juga.Sampai kat jalan tar semula...aku dipotong oleh 3 rider...pas tu tak ada dah rider yang potong aku.Aku cuab sedaya upaya aku untuk mengekalkan rentak kayuhan.Kali ini tak la sakit sangat punggung aku sebab jarak kayuhan tak sampai pun 40 km.Satu ketika,amoi RELA tunjuk isyarat 4 jari kat aku....kayuh laju-laju dia kata....ayaaaa.... tenaga sudah habisla moiiii.....Ertinya aku berada di 4....wah hebat ni...Tak lama pas tu 1 rider lagi potong aku....cehhhh asik kena potong je...bila lak masa aku nak potong orang??? Aku rasa memang aku lemah kalau kayuhan atas jalan tar...mungkin nak kena tukar rim pulak ni.... Dan apabila sampai di stadium...aku tengok tak ramai lagi rider yang dah sampai...da aku diberi kad no. 5!Yesssss.......suka sangat!rasa berbaloi aku memerah tenaga menamatkan kayuhan.Aku pun pergilah kat kaunter hadiah untuk menuntut medal...budak ITM tu kata No.1 - No.10 nanti naik podium ambil plak!Wauuuu naik podium untuk kali ke-3 dalam sejarah aku bersama Corratecku... bersama Datuk Khalid Yunus Gambar yang ni gelap sikit Kali ini,oleh sebab aku nak kena tunggu upacara penyampaian hadiah,jadi aku kena tunggulah sampai acara tamat termasuklah acara cabutan bertuah.Sebanyak 100 hadiah disediakan.80 hadiah telah dicabut lebih awal dan no aku tak naik.Sedap hati aku...ni mesti aku dapat basikal ni...dapat beskal Specialized dah kira hebat dah ni....Akhirnya acara untuk cabutan basikal dimulakan...agak berdebar juga...rasa macam nak dapat jer...tapi malang sebagaimana biasa...sehingga habis nombor dicabut nasib malang tetap menyebelahi aku.Aku belum lagi bertuah! Walaupun tak bertuah tapi kali ini aku rasa puas sebab aku dah menang kat negeri orang walaupun no.5,jadi tak le kokok kat kg sendiri jer... Seterusnya Sportrec MTB Race 2012 di air terjun Chamang,Bentong Pahang 9.12.2012 |
You are subscribed to email updates from di tampin - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan