Khamis, 6 Disember 2012

05 di mambau - Google Blog Search

05 di mambau - Google Blog Search


Perkasa NS gerakkan tabung bantuan guaman Utusan Malaysia <b>...</b>

Posted: 06 Dec 2012 06:16 AM PST

Mambau, 06 Dis – Perkasa Cawangan Mambau melancarkan 'Tabung Bantuan Guaman Utusan Malaysia' di Surau Kg Mambau, petang tadi.

Tabung ini telah digerakkan oleh Datuk Hj Mohd Noor Nordin Abdullah,  Pengerusi Perkasa Cawangan Mambau merangkap YDP Perkasa Negeri Sembilan dan akan dilancarkan di Masjid Negeri, Seremban, esok.

Ianya digerakkan selepas Majlis Bacaan Yassin di sini anjuran Wanita DUN Rantau. Turut hadir, Raja Datin Seri Hajah Salbiah Tengku Nujumuddin, isteri Menteri Besar Negeri Sembilan.

Tabung bantuan tersebut bagi menunjukkan tanda sokongan moral dan prihatin masyarakat di atas kes Utusan Malaysia yang  di saman Nurul Izzah.

Nurul Izzah mengfailkan saman terhadap Utusan ekoran dari kenyataannya  yang menyokong kebebasan agama kepada masyarakat Melayu di negara ini.

Menurut Datuk Hj Mohd Noor Nordin, "kerjasama dari jawatankuasa surau, UMNO Cawangan Mambau, JKKK Cawangan Mambau dan Perkasa Cawangan Mambau mengerakkan tabung bantuan ini sebagai satu simbolik dan membantu Utusan Malaysia kerana Utusan Malaysia merupakan suara orang Melayu yang beragama Islam."

Beliau menyambung,"Bantuan seumpama ini mungkin kecil, tetapi kesannya amat besar di atas masyarakat Melayu dan umat Islam, kerana kita mempertahankan bahawa agama Islam merupakan agama keseluruhan bangsa Melayu di negara ini."

"Jika kita membiarkan, bangsa lain dan agama selain Islam akan terus menyokong dan memainkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Nurul Izzah. Kita tidak mahu masyarakat terus terkeliru." tambah beliau.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads