05 di lukut - Google Blog Search |
Ibnu Hasyim: Banjir Besar Landa <b>Lukut</b>. Kesal Kepada Pemaju? Posted: 25 Nov 2012 05:30 AM PST PORT DICKSON: "Sudah puluhan tahun tinggal di kampung ini, inilah kali pertama banjir berlaku dan paling teruk apabila air menenggelamkan rumah," kata Cheok Ah Kaw, 71, seorang daripada 47 keluarga mangsa banjir di Kampung Batu Tujuh, Lukut, di sini, semalam. Hujan lebat berterusan sejak jam 2 pagi menyebabkan 200 keluarga dari beberapa kampung dan kawasan perumahan di Lukut serta sekitarnya termasuk Kampung Sri Parit, Taman Jaya Lukut, Taman Indah Jaya, Taman Wawasan dan Taman Sri Lukut ditenggelami air antara dua hingga tiga meter. Tinjauan (myMeto) bersama menaiki bot Bomba dan Penyelamat Telok Kemang mendapati Kampung Batu Tujuh, Jalan Seremban dan kawasan rumah kongsi pekerja warga Indonesia ditenggelami air hampir keseluruhan rumah. Menurut Cheok, dia sekeluarga tujuh beranak resah apabila hujan lebat menyebabkan air mula naik dengan cepat dan segera menyelamatkan diri ke kawasan tinggi sementara menunggu bantuan tiba. "Saya sekeluarga termasuk menantu dan cucu cemas apabila air naik mendadak dan nekad pergi ke kawasan rumah jiran yang terletak di atas bukit. "Saya kesal dengan sikap pemaju yang tidak mengendahkan aduan kami sebelum ini mengenai masalah sistem perparitan yang sempit ini," katanya. Seorang lagi mangsa, Ng Ching Hong, 50, berkata, sikap pemaju perumahan amat dikesali kerana aduan sudah dibuat oleh penduduk kampung berkenaan laluan air ke longkang yang terlalu kecil. "Kami harap bantuan segera sampai kerana kemusnahan yang kami alami amat teruk. Rumah, pakaian dan kereta habis musnah dimasuki air dan tidak dapat diselamatkan. Kami tak tau macam mana lagi nak meneruskan hidup," katanya. (Disunting dari myMtetro) |
You are subscribed to email updates from di lukut - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan