Jumaat, 14 Disember 2012

05 di linggi - Google Blog Search

05 di linggi - Google Blog Search


Benih Udang Galah Dilepaskan <b>Di</b> Sungai <b>Linggi</b>, Melaka

Posted: 23 Oct 2012 07:00 PM PDT

ALOR GAJAH – Pengarah Perikanan Melaka, Rosmawati Ghazali memaklumkan peningkatan pelepasan benih udang galah di Sungai Linggi dikenal pasti berpotensi bagi pembiakan hasil laut itu untuk sumber perikanan di negeri ini.

Program yang dilaksanakan sejak 2011 itu bertujuan menambah dan mengekalkan stok udang galah yang semakin berkurangan berpunca dari aktiviti penangkapan tidak terkawal.

"Sebanyak 210,000 ekor benih udang galah telah dilepaskan di sepanjang Sungai Linggi hingga Sungai Ramuan Cina mampu meningkatkan hasil tangkapan lebih 450 nelayan berdaftar di kawasan Melaka Barat," katanya.

Beliau berkata selain pelepasan benih udang galah di sepanjang sungai berkenaan, pihaknya turut melaksanakan pelepasan benih ikan di beberapa sungai termasuk Sungai Air Panas Tehel dan Sungai Malim bagi melestarikan sumber perikanan.

Rosmawati berkata sebanyak 83,000 ekor benih anak ikan puyu dan lampam telah berjaya dilepaskan di beberapa sungai di negeri itu di bawah program sama.

 Majlis pelepasan tersebut disempurnakan Anggota Dewan Undangan Negeri Kuala Linggi, Datuk Ar Ismail Othman.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads