Jumaat, 14 Disember 2012

05 di jelebu - Google Blog Search

05 di jelebu - Google Blog Search


Gangguan Bekalan Air <b>Di Jelebu</b> Isnin Ini | MyNewsHub

Posted: 14 Dec 2012 12:19 AM PST

SEREMBAN – Beberapa kawasan di Jelebu akan mengalami gangguan bekalan air pada Isnin ini berikutan kerja pembaikan paip.

Ketua Bahagian Perkhidmatan Korporat Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn. Bhd., (Sains), Azlan Abdul Aziz berkata, gangguan bekalan air mulai pukul 8 pagi hingga 8 malam itu melibatkan Simpang Pertang, Kampung Putra Air Baning, Kampung Sawah Air Baning, Pertang, Pasoh 1, Pasoh 3, Pasoh 4, dan Geylang.

"Penutupan sementara bekalan air ini berikutan kerja pembaikan untuk menggantikan paip sementara yang dipasang Sains ekoran kerosakan paip sedia ada semasa kejadian banjir pada 29 November lepas," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Azlan berkata, bekalan air akan disambung semula selepas waktu yang dinyatakan dan dijangka pulih secara berperingkat.

Bagaimanapun katanya, beberapa kawasan tinggi dijangka mengalami tempoh gangguan yang lebih lama.

Beliau meminta pengguna yang memerlukan perkhidmatan pada hari berkenaan supaya menghubungi talian bebas tol 1-800-88-6982. – BERNAMA

Iklan Teks:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Kawasan didakwa ada Emas <b>di Jelebu</b> Diarah Tutup | Hargaemas

Posted: 30 Oct 2012 06:13 PM PDT

SEREMBAN 30 Okt. – Kerajaan negeri mengarahkan supaya lokasi terowong di pekan Titi, Jelebu yang didakwa wujud emas ditutup serta-merta.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan (gambar) berkata, penutupan kawasan itu bertujuan mengelak sebarang tragedi selain tidak dapat dipastikan ketahanan struktur tanah di kawasan terowong terbabit.

"Kajian telah dilakukan di situ dan ia tidak mempunyai deposit emas. Terowong yang ditemui ini telah digali dan bukannya bersifat semulajadi. Maka kita tidak tahu sejauh mana ketahanannya," katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini hari ini.

Mohamad diminta mengulas penemuan terowong di pekan Titi, Jelebu yang didakwa penduduk sebagai laluan pelombong emas suatu ketika dahulu, di mana kini mula menarik minat orang ramai mendekatinya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads