05 di juasseh - Google Blog Search |
<b>Juasseh</b> Cafe: AL KIMIYA; SUMBANGAN SAINTIS ISLAM Posted: 19 Dec 2012 06:25 PM PST Mungkin bangsa Greek lebih dulu mengenali bahan bahan kimia kerana banyak karya oleh para bijak pandai Islam hasil dari kajian mereka keatas ilmu ilmu kuno bangsa Greek. Mungkin juga bangsa China lebih dulu memahami perananan kimia dalam kehidupan khususnya kegunaan obat bedil (gun powder) kerana terdapat catatan bertarikh 492 M dimana 'potassium nitrate' digunakan secara meluas dengan campuran obat obatan dalam amalan ritual 'pencarian keabadian'menurut kepercayaan mereka. Catatan pada tahun 492 M itu menyatakan 'apabila dibakar ia mengeluarkan api berwarna unggu'. Catatan itu tidak menjelaskan kegunaan sebenarnya, hanya pada kurun ke 9 M barulah terdapat catatan yang menjelaskan tentang pemahaman bangsa China pada kegunaan sebenar bahan itu. Fakta sejarah menyebut ahli kimia Khalid bin Yazid yang wafat pada 709 M, sudah mengenali 'potassium nitrat' (KN03) pada abad itu, bahan utama pembuatan obat bedil, dua abad lebih awal dari penemuan dan pemahaman perkara itu oleh bangsa China.Beliau dan saintis seterus nya Jabir Ibnu Hayyan dan lain lainnya telah menterjemahkan ilmu ilmu dari bahasa Greek ke bahasa Arab. Recepi obat bedil ini boleh di jumpai dalam hasil kerja Al Jabir, Al Razi dan ahli kimia Islam yang lain. Khalid bin Yazid sangat dikagumi kerana beliau adalah saintis islam yang pertama membuka pintu ilmu pengetahuan dan diatas rintisan itulah berlaku kajian kajian seterusnya yang menghasilkan penemuan penemuan yang hebat dan reka cipta yang menakjubkan. Ahli kimia islam Jabirr Ibnu Hayyan hidup sekitar 721 M hingga 815 M, pada sekitar tahun 766 M telah menemui berbagai bahan kimia dan berjaya mengasingkan batu cetak (antiamony) dan warangan (arsenic) dari Sulfide. Beliau yang telah memperihalkan proses menghasilkan asid nitrik dengan menyulingkan campuran nitre (kalium nitrat) vitriol kubrus (kuprum sulfat) dan alum yemen (aluminium sulfat). Dikenali sebagai 'Bapa kimia' telah menulis beberapa kitab antaranya Al-Rahman, Al-Tajmek dan Al-Zikbak Sharki' serta kitab yang penting dalam kimia iaitu 'Al-Istittiman' telah diterjemahkan kedalam bahasa Peranchis pada tahun 1672 dan pada kurun ke18 kitab 'Al-Sabaaen' juga telah diterjemahkan, kitab ini menceritakan perihal racun. Kitab beliau juga telah diterjemahkan dalam bahasa Latin antarannya ialah 'Al-Aflan dan Nihayatul Al-Itqan'. Kitab 'Al-Kimya' telah diterjemahkan dan diterbitkan oleh orang English iaitu Robert Chester pada tahun 1444 dengan judul 'the book of the composition of alchemy'. Al-Jahiz lahir pada tahun 776 M ialah seorang zoologi yang termasyur, telah menghasilkan kitab 'al Hayawan'atau 'Book of animal' mengandungi 7 jilid menceritakan perihal haiwan dan sifat perilakunya . Beliau telah berjaya menghasilkan 'ammonia' dari tahi haiwan menerusi proses distilasi kering. Beliau wafat pada 868 M akibat kemalangan ditimpa rak buku di perpustakaan nya. Al kindi, nama sebenar Abu Yusuf Ya'qub Ibn Ishaq al Sabbah al Kindi atau nama latin nya Alkindus, lahir di Basra Iraq pada 801M hingga 873M, telah menterjemahkan buku dari berbagai bahasa seperti Yunani kedalam bahasa Arab. Al Kindi dalam bukunya 'kitab kimiya al-Itr wa al-Tas'idat' (buku tentang kimia pati dan pemejalwapan/penyulingan) yang diterbitkan pada abad kesembilan Masehi telah membincangkan mengenai beberapa jenis proses penyulingan. Penemuan yang terkenal beliau ialah berkenaan kimia pewangi dan proses menghasil kan pewangi tiruan. Terdapat lebih 260 karya telah berjaya beliau hasilkan termasuk dalam bidang Geometri 32 buah, Kedoktoran 22 buah dan Fizik 12 buah. Karya karya ini telah diterjemahkan pula kedalam berbagai bahasa termasuk bahasa Latin oleh Gerard of Cremonia dan kedalam bahasa Eropah yang lain. Abbas Ibn Firnas atau Ibn Firnas, lahir pada 810 M, dikenali dengan rekaan jam air yang dinama kan 'Al-Maqata', beliau juga diingati dengan cubaan terbang dari gunung dan berjaya kembali ke gunung itu dengan pelayang rekaan nya, malangnya rekaan itu tidak sempurna menyebabkan kemalangan semasa mendarat dan beliau cedera dibahagian belakangnya. Selain dari itu dalam bidang kimia beliau talah berjaya menghasilkan kaedah membuat kaca tanpa warna dari pasir. Beliau wafat pada 887 M. Ibn Umayl atau nama sebenarnya Muhammad ibn Umail al Tamimi lahir di mesir antara tahun 900 M hingga 960 M, dikenali juga sebagai Al Sadik manakala masyarakat mesir memanggilnya Al-Jildaki dan beberapa nama lain oleh dunia barat seperti Zadith senior, Zadith filius Homue atau Homuelis. Beliau adalah seorang ahli kimia yang berbentuk kiasan atau simbolik, satu cabang dalam bidang kimia. Beliau merumuskan perkara perkara tentang simbol dalam kimia dalam bukunya 'Hall or-Rumuz' (explanation of symbols). Antara kitab lain beliau ialah 'Kitab Mafatin al-Hikma al-Uzma' dan 'Kitab al-Ma' al-Waraqi Waal-ard-al-Najmiya' (book of silvered and starry earth) yang memberi komen kepada puisi nya 'Risala al Shams ila al-Hilal' (the latter of the sun to the waxing moon). Al-Razi 923 M, perihal menghasilkan asid sulfurik (ruh al-saj) dengan menyulingkan vitriol hijau (frus sulfat) atau dengan membakar belerang (sufur). Beliau telah menghasilkan buku bertajuk 'Kitabul Asrar' kemudian telah diterjemahkan kedalam bahasa Latin oleh 'Gerard of Cremonia'. Didalam kitab beliau itu terdapat juga cara bagaimana untuk menghasilkan minyak tanah melalui kaedah distilasi, ini menjadikan masyarakat islam waktu itu pertama dalam memproduksi bensin dari minyak mentah. Al Zahrawi yang hidup sekitar 936M hingga 1013M di Cordoba Sepanyol telah diiktiraf sebagai 'Bapa ilmu bedah moden'. Beliau merupakan pelopor dalam bidang kimia untuk perubatan, karya dan hasil pemikiran beliau telah banyak diadoptasi kan oleh para doktor didunia barat. Al-Majritiyang berasal dari Madrid Sepanyol, hidup sekitar 950M hingga 1007 M telah menulis buku kimia bertajuk 'Rutbat Al-Hakim', yang merumuskan tatacara permurnian logam mulia , beliau pertama kali membuktikan prinsip kekalan masa, lapan abad berikutnya prinsip ini dikembangkan oleh ahli kimia barat bernama 'Lavoisier'. Ibnu Sina atau lebih dikenali dibarat sebagai 'Avicenna' lahir pada 980 M hingga 1037 M, karya perubatan beliau yang terkenal ialah 'al-Qonun fi al-Tib', 'al-Adwiyah al-Qalbiyyah' dan 'al-Alfiyyah al-Tibbiyah' telah diterjemahkan kedalam bahasa English, Hebrew dan Latin. Pada aban ke 12 'Gerard of Cremonia' telah menterjemahkan kitab 'al-Qanun fi al –Tib' kedalam bahasa Latin, buku ini telah menjadi rujukan oleh universiti universiti Eropah sehingga 1500 M, buku ini telah diulang cetak sebanyak 15 kali dan 15 edisi dalam bahasa Latin dan 1 kali dalam bahasa Hebrew. Pada 1593 buku 'al-Qanun fi al-TIB' 14 jilid itu dianggap sebagai himpunan perbendaharaan ilmu perubatan dari segi penggunaan obat, dianogsis dan pembedahan telah diterjemahkan dalam bahasa English dengan tajuk 'Canon of medicine'. Sumbangan beliau dalam bidang kimia dan geologi tidak kurang hebatnya. Karangan beliau mengenai ilmu 'pertambangan' atau 'Mineral' menjadi sumber rujukan dalam bidang geologi di Eropah. Meninggalkan penemuan penemuan bermenafaat dalam bidang kimia. Beliau lah individu pertama menjelaskan bahawa bahan benda logam sebenarnya berbeza antara satu dengan lain bermakna logam terdiri dari berbagai jenis. Al-Biruni , lahir pada 973 M, di Birun , ibu negeri Khawarizm atau Turkistan dan sekarang dikenali segbagai Uzbekistan yang bersebelahan dengan Parsi dan wafat pada 1048 M. Menguasai bahasa sangkrit dengan baik dan juga bahasa Ibrani dan Syria. Kitab nya 'Al Jamhir fi Mairifatil Al Jawahir mengupas mengenai batu permata . 'Al Saidah fi al Tibb, kitab yang menyatakan perihal obat obatan merupakan karya terakhir beliau. Al Tifashi atau Ahmad bin Yousef Al Tifashi, lahir 1184 M, di Tiffech, Souk Ahros, Algeria dan wafat di Cairo pada 1253 M, telah menulis cara mengenali batu mulia dan hal berkaitan meneral. Kitab nya ' Azhar Ul Afkar di Jawahir Ahjar' membongkar 25 jenis gems dan mineral dengan terperinchi telah memberikan satu keajaiban dalam dunia perubatan. Hassan al Rammah yang hidup hingga 1295 seorang engineer dari Syria, pada tahun 1275 telah menulis kitab yang menakjubkan bertajuk 'al-Furusiyyah wa al-Manasib al-Harbiyyah' atau 'The book of fighting on horseback and war engines'. Kitab tentang kajian terperinci perihal obat bedil dari kajian kajian terdahulu yang mengandungi resipi resipi ubat bedil sebanyak 107 resipi dan pembinaan roket dan tropedo (roket atas air). Didalamnya terdapat lakaran terperinci tentang pembinaan roket yang bergerak diatas air atau dipanggil tropedo, model rocket ini telah di pamir kan di 'National air and space moseum' di Warshington D.C Amerika Syarikat. Hassan al Rammah sebenar nya telah lebih mendahului bangsa China dalam penggunaan obat bedil apabila hanya pada tahun 1412, hampir dua abad selepas itu, baru lah terdapat catatan terperinci berkenaan obat bedil oleh masyarakat China, catatan yang ditulis oleh Huo Lung Ching. Begitu lah serba sedikit antara sumbangan saintis saintis masyarakat Islam dalam bidang kimia suatu ketika dulu. Fakta fakta yang terdapat berkenaan kemajuan orang orang Islam suatu ketika dulu patut lah dijadikan iktibar untuk kita melangkah lebih maju kehadapan seterusnya mendahului bangsa bangsa lain dalam mengejar kemajuan. Sekian, ikhlas dari 'Juasseh Cafe'. |
You are subscribed to email updates from di juasseh - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan