di negeri sembilan - Google Blog Search |
- Himpunan Raksaksa Pakatan Rakyat <b>Di Negeri Sembilan</b>
- Gambar : Himpunan Kebangkitan Rakyat <b>Di Negeri Sembilan</b>
- Himpunan Kebangkitan Rakyat <b>Di Negeri Sembilan</b> Diawali Dengan <b>...</b>
Himpunan Raksaksa Pakatan Rakyat <b>Di Negeri Sembilan</b> Posted: 03 Nov 2012 04:36 PM PDT Ketika para pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat berhimpun di sebuah padang usang di Taman Seremban Jaya, Senawang, di tengah-tengah bandar Seremban dianjurkan konsert khas. Konsert yang dinamakan Majlis Perpaduan Negeri Sembilan Sehati Sejiwa itu menampilkan penyanyi M Nasir, Hatta, One Nation Emcee dan lain-lain diadakan di Padang Majlis Perbandaran Seremban (MPS). Majlis yang bermula jam 8.00 malam itu dianggap cuba mengalihkan perhatian masyarakat negeri ini dari tertumpu ke Himpunan Kebangkitan Rakyat yang diadakan kira-kira 10 km dari situ.
Di Senawang, Himpunan Kebangkitan Rakyat bermula sejak jam 3 petang lagi. Ia bermula dengan perarakan masuk rombongan bermotosikal Pemuda Pakatan Rakyat. Pentas utamanya dibina dari lori kontena yang dimiliki oleh DAP. Pada malamnya, bas dua tingkat Jelajah Rakyat PKR turut serta di Senawang. Dengan hujan yang turun renyai-renyai dan kadang-kadang lebat di bandar Seremban, kedua-dua program yang dianjurkan oleh kedua-dua pihak yang bertentangan ini cuba menarik perhatian rakyat negeri ini. Negeri Sembilan mendapat perhatian peminat politik apabila kerajaan BN yang dibentuk selepas pilihan raya umum 2008 tidak mempunyai kuasa 2/3. Dari 36 kerusi DUN yang dipertandingkan, DAP berjaya memenangi 10 dari 11 kerusi yang ditandinginya, PKR menang empat dari 12 kerusi manakala PAS menang satu dari 13 kerusi yang ditandingi. Di peringkat Parlimen pula, DAP mendapat dua kerusi Parlimen manakala PKR mendapat satu dari lapan kerusi Parlimen di negeri ini. Ini bermakna, Pakatan Rakyat hanya memerlukan empat kerusi DUN sahaja untuk menjatuhkan kerajaan BN Negeri Sembilan itu. Inilah yang merisaukan BN. Apabila Pakatan Rakyat menganjurkan perhimpunan bersama mereka di Senawang mulai petang ini, BN dipercayai di belakang konsert nyanyian yang dinamakan Majlis Perpaduan Negeri Sembilan Sehati Sejiwa itu. Namun terbukti, yang sehati sejiwa adalah majlis anjuran Pakatan Rakyat apabila rakyat berbilang kaum bersatu hati di sebuah padang usang di Senawang itu. Pelbagai jenis permainan dan persembahan rakyat di persembahkan di majlis itu bukannya melibatkan artis Melayu sahaja sebagaimana yang berlaku di padang MPS itu tetapi juga penyanyi Cina, India dan artis-artis baru yang menyertai Pakatan menyerikan majlis ini. Di samping itu, pelbagai jenis kesenian rakyat pelbagai kaum dipersembahkan di majlis ini. "Jika 45% pengundi Melayu di Negeri Sembilan memihak kepada Pakatan kali ini, Pakatan Rakyat akan menjadi kerajaan di negeri ini selepas pilihan raya umum akan datang," kata Dr Rosli Yaakob, AJK PAS Pusat yang ditemui di Senawang petang tadi. Dalam PRU 2008, 35% pengundi Melayu memberikan undi kepada Pakatan Rakyat manakala 65% pengundi Cina memberikan undi kepada Pakatan. Bagi Dr Rosli, angka 45% sokongan pengundi Melayu tidak lagi mustahil dalam pilihan raya umum akan datang. Ini kerana, angin perubahan bertiup kencang di Negeri Sembilan ini. "Jika pengundi Cina boleh memberikan undi sehingga 80%, ketika itu bebanan untuk mendapatkan undi Melayu semakin kurang," kata Dr Rosli yang pernah menjadi Penolong Gabenor Bank Negara itu. Apakah PAS mampu memberikan sekurang-kurangnya empat lagi kerusi untuk menjatuhkan BN itu? Dr Rosli dengan penuh yakin, ia boleh dilakukan. Hendak atau tidak, nampaknya Kerajaan BN akan jatuh dalam pilihan raya umum akan datang. Soalnya di mana orang Melayu Negeri Sembilan ketika itu? Untuk memastikan kerajaan ini stabil nanti, pengundi Melayu perlu mengundi PAS. Jika itu yang mereka lakukan, negeri akan stabil dan semua pihak akan mengecapi nikmat perubahan ini.- harakahdaily Biarpun hujan lebat turun tidak berhenti-henti sejak jam 5 petang tadi, namun ianya tidak menghalang ribuan rakyat hadir ke pelancaran Himpunan Kebangkitan Rakyat di Taman Seremban Jaya di sini malam ini. Dianggarkan sehingga jam 9.30 malam, 10,000 orang dari pelbagai kaum memenuhi ruang padang dihadapan pentas dan jumlahnya semakin bertambah menjelang ucapan pemimpin utama Pakatan Rakyat di penghujung program malam ini. Mereka tetap hadir walaupun terpaksa berpayung, berbaju hujan dan berada dalam becak di tengah padang, semata-mata mahu mendengar amanat dari pimpinan mereka. Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Penasihat DAP Lim Kit Siang dijangka akan menyampaikan amanat khas malam ini. Tirai program malam ini dimulakan dengan ucapan wakil-wakil NGO rakyat termasuk NGO 'R' yang memperjuangkan tuntutan royalti, NGO Anti-Lynas, NGO Anak yang memperjuangkan nasib peneroka, NGO Bersih yang memperjuangkan tuntutan pilihan raya bersih dan adil serta wakil NGO Kase yang membantah saman ekor termasuk penggunaan AES. Sesuai dengan nama Himpunan Kebangkitan Rakyat, warna tema pada himpunan kali ini juga mewakili warna tema NGO-NGO tersebut. Empat warna tema malam ini adalah warna kuning sebagai menyokong perjuangan Bersih, Oren untuk Anak, merah untuk Royalti dan hijau untuk Anti-Lynas. Turut berucap diawal program malam ini termasuk Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan Taufek Ghani, Pengerusi DAP Negeri Sembilan Lok Seiw Fok, serta Pengerusi PKR Negeri Datuk Kamarul Bahrin Abas. Ketika ini antara pemimpin Pakatan Rakyat yang duduk di pentas utama termasuk Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, Timbalan Presiden PKR Azmin Ali serta Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar dan Ketua Dewan Muslimat PAS Siti Zailah Mohd Yusof. Selain itu, turut kelihatan pemimpin ketiga-tiga parti Negeri Sembilan, pemimpin pakatan rakyat di segenap peringkat serta Sasterawan Negara Datuk A Samad Said. Ucapan oleh pemimpin utama dijangka bermula jam 10 malam ini. Ketika ini kelihatan Bas Merdeka Rakyat yang membawa ketiga-tiga ketua pemimpin parti, Anwar, Kit Siang dan TG Abdul Hadi tiba di tapak program. |
Gambar : Himpunan Kebangkitan Rakyat <b>Di Negeri Sembilan</b> Posted: 03 Nov 2012 05:00 AM PDT Biarpun hujan lebat turun sejak jam 2 petang tadi, namun kehadiran orang ramai ke sini tidak putus-putus sejak tenga hari. Tirai program dibuka kira-kira jam 4 petang ini sejurus hujan mula reda dengan ketibaan hampir 200 motor berkuasa tinggi yang berkonvoi dari Stadium Paroi ke tapak program di sini. Ketibaan mereka turut disambut dengan paluan gendang dan alat musik tradisional dari tiga kaum iaitu Melayu, Cina dan India. Pada ketika ini, sudah hampir 5,000 orang memenuhi tapak program biarpun program utama dengan kehadiran pemimpin utama PAS, PKR dan DAP hanya malam ini. Keadaan padang yang becak tidak sedikitpun menyukarkan orang ramai untuk berada di tengah-tengah padang. Sementara itu pihak penganjur turut menyediakan kerusi kepada orang ramai yang hadir. Petang ini juga turut berlangsung ucapan pembukaan dari ketiga-tiga ketua pemuda PAS, PKR dan DAP negeri. Dan sekarang ini pula berlangsung konsert nyanyian artis-artis yang telah bersama Pakatan termasuk Aisyah dan Dayangku Intan. |
Himpunan Kebangkitan Rakyat <b>Di Negeri Sembilan</b> Diawali Dengan <b>...</b> Posted: 03 Nov 2012 05:30 PM PDT Para pecacai Pakatan Rakyat begitu seronok dengan kehadiran ribuan orang di Taman Seremban Jaya untuk 'memeriahkan' Himpunan Kebangkitan Rakyat mewakili empat puak yang disimbolkan dengan warna iaitu oren untuk ANAK, kuning untuk BERSIH, merah untuk ROYALTI dan hijau untuk ANTI-LYNAS. Kata mereka, hujan lebat pada awal penganjuran program berkenaan, tidak mematahkan semangat para hadirin yang terdiri daripada pelbagai kaum untuk hadir. Menariknya ada yang mengatakan sehingga jam 10:00 malam tadi, jumlah yang hadir adalah seramai 30,000 orang! Bayangkanlah, sebuah padang berkeluasan sebegitu rupa boleh menempatkan 30,000 orang… barangkali mereka semua terpaksa duduk berpangku riba bagi mewujudkan angka berkenaan. Ramai pemimpin Pakatan Rakyat yang hadir dalam program berkenaan dan sudah tentulah Anwar Ibrahim tidak terkecuali daripada program sebegitu rupa. Malah, bas, treler dan kereta mewah yang menggunakan keseluruhannya duit rakyat Selangor, yang dinamakan sebagai kenderaan Jelajah Merdeka Rakyat, turut dipamerkan dan dijadikan sebagai kenderaan yang menjadi simbol kepada keserakahan nafsu Anwar Ibrahim. Kehadiran sebegitu ramai orang sebenarnya tidaklah sehebat pada tahun 1998 dan 1999 yang meyakinkan Anwar Ibrahim bahawa Kerajaan Barisan Nasional pimpinan Tun Dr. Mahathir pada waktu itu akan jatuh dengan mudah. Bagaimanapun, apabila keputusan pilihanraya pada 1999, Anwar Ibrahim ternyata kecewa kerana sokongan yang jumlahnya puluhan ribu sewaktu dia tampil berkempen, tidak banyak membantu keputusannya pun. Dan menariknya, keadaan di Himpunan Kebangkitan Rakyat itu juga hampir sama pada tahun 1998-1999 dengan kehadiran paling ramai dan majoriti tetap adalah orang Melayu yang mewakili PAS dan PKR. Manakala kaum Cina dan India dari DAP, tidaklah begitu ramai kecuali mereka yang menggunakan himpunan seperti itu untuk berkempen. Keadaan yang hampir sama dengan apa yang berlaku pada tahun 1998 dan 1999 dahulu! Bagi generasi baru yang tidak pernah tahu atau ambil tahu tentang peristiwa yang berlaku pada tahun 1998-1999 dahulu, jumlah yang mereka lihat di Himpunan Kebangkitan Rakyat di Seremban itu sebenarnya jauh lebih kecil dan kurang memberangsangkan. Dan keadaan yang sama juga berlaku dengan 'amaran awal' yang kemudian ditukarkan dan dikatakan sebagai 'rahmat Allah Taala'. Program yang sepatutnya bermula pada jam 3:00 petang itu terpaksa ditunda apabila hujan lebat yang disusuli dengan ribut petir serta angin keras, melanda kawasan berkenaan. Ramai yang bertempiaran dan mencari tempat perlindungan. Manakala golongan peniaga yang membuka gerai awal, mengalami kerugian apabila kebanyakan barangan jualan mereka basah lencun dan rosak. Agak aneh melihatkan bagaimana golongan yang menjadi mesin propaganda Anwar Ibrahim boleh berbangga dan beranggapan bahawa apa yang berlaku pada sebelah petang semalam sebagai rahmat Allah Taala untuk perhimpunan berkenaan. Mereka langsung tidak menunjukkan perasaan takut dan gementar dengan ancaman yang didatangkan. Sebaliknya mereka mencabar Allah Taala agar menurunkan bala yang lebih besar seperti yang berlaku kepada penduduk Soddom dan Gomorrah. Puncanya amat mudah. Mereka berasa sudah cukup kuat dengan kehadiran ramai orang dan jumlah yang ramai itu bagi mereka sudah tentu dapat melawan apa-apa sahaja bencana yang didatangkan nanti. Sedikit tentang Himpunan Kebangkitan Rakyat di Taman Seremban Jaya… Sasaran kehadiran adalah seramai 50,000 orang. PAS telah mengeluarkan arahan agar ahli-ahlinya datang meramaikan himpunan yang didanakan oleh Rangkaian PASARAYA FAMILY yang pelanggan-pelanggan utamanya adalah orang Melayu tetapi pemiliknya berbangsa Cina dan penyokong kuat DAP. Padang yang menjadi tapak perhimpunan tersebut adalah tanah milik pemilik pasaraya berkenaan. Bagaimanapun, jumlah yang hadir tidak sampai 20,000 orang walaupun para pecacai cuba menggambarkannya sebagai puluhan ribu orang. Hujan lebat dikatakan menjadi punca Pakatan gagal menepati sasaran hadirin. Walaupun para pecacai Pakatan Rakyat cuba menggambarkan orang ramai yang hadir itu adalah rakyat Negeri Sembilan yang datang secara ikhlas dan tidak dibayar, hakikatnya, kebanyakan daripada mereka datang dari negeri-negeri Utara Semenanjung, Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor berdasarkan loghat percakapan selain bas-bas rombongan yang tertera alamat serta bernombor pendaftaran negeri masing-masing. Dan perbualan dengan puak-puak berkenaan mengesahkan bahawa kehadiran mereka berbayar, bahkan turut diberikan juga adalah WANG ROKOK!!! Commentscomments Powered by Facebook Comments |
You are subscribed to email updates from di negeri sembilan - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan