05 di teluk kemang - Google Blog Search |
Demo “Selamatkan Pantai Kito” Sampai <b>di</b> Parlimen, Ahli Parlimen <b>...</b> Posted: 01 Nov 2012 12:09 AM PDT Minggu lalu Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) telah membawa seluruh peniaga, pengusaha di pesisir pantai Teluk Kemang dan Persatuan Peniaga Kecil Melayu Port Dickson ke Wisma Negeri di Seremban untuk bertemu MB N.Sembilan bagi menyelesaikan masalah dan menyelamatkan Pantai Teluk Kemang. Hari ini SAMM sekali lagi ke depan untuk membela nasib peniaga dan pengusaha pantai di Teluk Kemang dengan membawa mereka ke Parlimen Malaysia bagi mengadu nasib. Beberapa ahli parlimen Pakatan Rakyat turut berterik panas bersama mereka di luar parlimen menyatakan bantahan dan memohon tindakan kerajaan menyelamatkan Pantai Teluk Kemang. Antara ahli parlimen yang hadir ialah YB Khalid Samad, YB Tian Chua, YB Firdaus Jaafar dan beberapa lagi, turut bersama dalam demo yang membabitkan 100 peniaga dan pengusaha pantai ialah pengasas SAMM iaitu Chegubard bersama komrade Negeri Sembilan. Laporan lanjut selepas ini… Kenyataan awal adalah seperti di bawah; Kenyataan Umum 24 Oktober 2012Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) N.Sembilan bersama seluruh peniaga, pengusaha pantai dan Persatuan Peniaga Kecil Melayu Port Dickson telah hadir dalam satu siri demo bantahan di hadapan Wisma Negeri di Seremban, N.Sembilan. Bantahan adalah berkisar isu penambakkan pantai Teluk Kemang dan isu persatuan peniaga kecil melayu yang ditindas oleh pemimpin Umno setempat termasuklah YDP Majlis Perbandaran Port Dickson. Sebuah memorandum turut sedia untuk diserahkan kepada Menteri Besar Negeri Sembilan. Seramai hampir 100 orang muncul di depan Wisma Negeri pada jam 11 pagi untuk bertemu Menteri Besar N.Sembilan untuk mengadu nasib dan menyampaikan memorandum. Namun MB N.Sembilan tidak sudi untuk mendengar rintihan rakyat di atas kesibukan mengurus negeri, hanya diwakili oleh sdr Zulkifli Awang yang juga pegawai khas kepada Menteri Besar. Demonstrasi bantahan berpunca daripada isu penambakkan pantai Teluk Kemang, telah menimbulkan suasana yang menjejaskan periuk nasi mereka yang saban tahun berniaga di Teluk Kemang. Penambakkan pantai juga merosakkan rupa bentuk muka bumi pantai teluk kemang yang selama ini menjadi pilihan nombor satu pelancong tempatan terutamanya dari bandaraya Kuala Lumpur di atas faktor pantainya yang landai dan lokasinya yang strategik. Penambakkan pantai di atas alasan 'pantai sempit' tidak releven. Ia akan menjurus kepada kerosakkan ekosistem dan secara tidak langsung mengubah rupa bumi pantai Teluk Kemang yang diiktiraf antara pantai selesa yang selamat berbanding pantai di tempat lain yang berselut lumpur, dan terdedah kepada bahaya air pasang surut yang jauh dari gigi pantai. Seperti yang berlaku di pantai Batu 4 dan Batu 5 Port Dickson selepas penambakkan, kecerunan pasir yang ditambak telah mengubah kedalaman lantas direkodkan telah banyak nyawa pengunjung yang melayang. Akhirnya pantai tersebut dihindari oleh pengunjung. Inilah yang amat dikhuatri akan berlaku di pantai Teluk Kemang. Nescaya dalam jangka masa panjang negara akan kehilangan satu pusat pelancongan yang paling digemari dan dalam jangka masa pendek pula, peniaga akan mengalami kerugian yang berterusan dan ramai yang bakal hilang mata pencarian di atas projek yang terburu-buru ini. Dalam demonstasi yang sama, Persatuan Peniaga Kecil Melayu juga ingin memohon kepada Menteri Besar supaya segera menyelesaikan kemelut persatuan mereka yang kini telah disebotaj oleh beberapa pimpinan umno setempat bersama pihak berkuasa tempatan bagi menutup segala kemungkaran dan penyelewengan yang telah dilakukan oleh pengerusi persatuan yang terdahulu. Antara lain perkara berbangkit yang menyebabkan demonstrasi dianjur adalah seperti berikut;
Maka dengan ini SAMM N.Sembilan berperanan menjadi platform bagi rakyat yang tertindas bagi menyelesaikan masalah yang tidak dihiraukan oleh mana-mana kerajaan pemerintah samada di peringkat negeri atau negara. SAMM N.Sembilan akan mengaturkan satu sidang media dan pertemuan di antara semua mangsa yang terlibat dengan beberapa menteri yang berkaitan di parlimen pada minggu hadapan. Sekian, Azizi Abd Aziz Pengarah Seketariat (bp SAMM Negeri Sembilan) Solidariti Anak Muda Malaysia |
You are subscribed to email updates from di teluk kemang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan