Jumaat, 2 November 2012

di negeri sembilan - Google Blog Search

di negeri sembilan - Google Blog Search


<b>Negeri Sembilan</b> Makin Lemah <b>di</b> Bawah Pentadbiran Umno Bn

Posted: 28 Oct 2012 08:28 PM PDT

Home » Headlines, Kenyataan Media, N.Sembilan, SAMM
Submitted by on October 29, 2012 – 11:28 am

Kenyataan Umum
29 Oktober 2012

Negeri Sembilan Makin Lemah di Bawah Pentadbiran Umno Bn

Merupakan rahsia umum kelewatan laporan audit negara ada kemungkinan dikaitkan dengan usaha cubaan menyelindungi skandal besar terdedah lagi khususnya menjelang PRU ke-13 yang amat dekat. Namun begitu kerana terlalu banyak kelemahan yang berlaku di bawah pemerintahan Umno Bn ini maka sudah tentu tidak mampu dilindung semua. Bak kata pepatah 'Bangkai Gajah manakan bisa ditutup dengan nyiru'.

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) memandang serius perkara ini, merujuk laporan Audit Negeri Sembilan 2011 contohnya telah membongkarkan banyak kelemahan dan berikut ialah sebahagian kecil disenaraikan;

  • Pada tahun 2010 Kerajaan Negeri Sembilan punya 'aset' berjumlah RM23.40 juta dalam bentuk saham di beberapa syarikat seperti Telekom, TNB, Malaysia Airport tetapi menjelang tahun 2011 pegangan tersebut cuma menjadi RM590 ribu sahaja. Penjualan mendadak ini memerlukan penjelasan ?
  • Media propaganda Bn sering mengatakan bahawa P.Pinang mengenepikan pembangunan Islam namun semua ini berjaya dipatahkan dengan peningkatan tiap tahun peruntukan Hal Ehwal Agama Islam dari RM 25.7 juta (2008) dibawah Bn dan kini RM64.03 juta (2012) dibawah PR. Namun di Negeri Sembilan di bawah pemerintahan Umno-Bn peruntukan untuk Hal Ehwal Islam menurun dari RM 7.15juta (2010) menurun kepada RM5.63juta (2011). Pengurangan serius ini akan mengakibatkan banyak program pembangunan dan keagamaan telah terbantut.

Sekarang sudah tiba masanya untuk rakyat berfikir dari segi rekod jelas 4 tahun berturut – turut pencapaian dan rekod pentadbiran negeri di bawah PR cemerlang dibezakan dengan negeri di bawah Umno Bn seperti Negeri Sembilan.

Sekian

che'GuBard

Solidariti Anak Muda Malaysia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads