05 di rasah - Google Blog Search |
Kerana mengatuk rempuh kedai makan ~ Kemalangan Jalan Raya Posted: 31 Oct 2012 05:02 AM PDT 31 Oktober 2012 SEREMBAN – Seorang lelaki nyaris maut apabila kereta yang dipandunya terbabas lalu merempuh sebuah kedai makan di Jalan Rasah Jaya, di sini, awal pagi, semalam. Dalam kejadian kira-kira 5.30 pagi itu, mangsa yang berusia 30-an yang memandu kereta jenis Toyata Camry itu hanya mengalami cedera ringan di bahagian muka. Jurucakap polis berkata, mangsa dikatakan dalam perjalanan dari Rasah Jaya ke Jalan Tok Ungku, di sini. "Mangsa dipercayai gagal mengawal kenderaan dan melanggar besi penghadang jalan sebelum merempuh kedai makan yang berada di persimpangan jalan berkenaan. "Kereta mangsa terperosok ke bahagian belakang kedai dengan melanggar tembok dan dinding kedai makan yang masih belum memulakan operasi perniagaan," katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam. Menurut jurucakap, rempuhan kuat itu menyebabkan dinding kedai pecah dan bahagian hadapan kereta remuk teruk. "Punca kemalangan masih dalam siasatan polis dan tidak menolak kemungkinan mangsa mengantuk ketika kejadian. "Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kemalangan ini dan polis masih menjalankan siasatan," katanya. Beliau berkata, kerugian yang dialami pemilik kedai juga masih dalam siasatan. Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin mengesahkan menerima laporan kejadian. Sumber: |
You are subscribed to email updates from di rasah - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan