Sabtu, 3 November 2012

05 di teluk kemang - Google Blog Search

05 di teluk kemang - Google Blog Search


projek <b>telok kemang</b>: bukan terbengkalai , mangkok! - My Home Soil

Posted: 22 Oct 2012 04:38 AM PDT


Projek penambakan dan mengindahkan pantai di Batu 8, Teluk Kemang didakwa terbengkalai sepertimana yang dibangkitkan parti pembangkang (PR) KLIK, baru-baru ini adalah sama sekali tidak benar.
Bukan terbengkalai, tetapi ianya tergendala sementara akibat hakisan serta kekurangan pasir untuk tujuan tersebut.

Kerajaan negeri juga telah mengambil inisiatif dan mendapat kelulusan dari kerajaan negeri Melaka untuk mengambil pasir dari luar kawasan Negeri Sembilan bagi mengatasi masaalah yang berlaku bagi meneruskan projek tersebut seperti sediakala.

"Pantai kita semakin terhakis dan aliran ombak sentiasa berubah menyebabkan pantai menjadi pendek.

"Kerajaan telah memulakan projek penambahbaikan di kawasan pantai dan berjaya dalam fasa pertamanya, beberapa tahun lepas di pantai Batu 4, Port Dickson," katanya kepada media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Seremban, semalam.

Kata DS Haji Mohamad, pihak kontraktor telah mendapat kelulusan daripada kerajaan negeri Melaka untuk mengambil pasir bagi penambakan dan sebaik diterima kelak, projek tergendala ini disambung semula.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri, Hashim Osman berkata, projek penambakan pantai itu akan melibatkan laluan sepanjang 1.7 kilometer di sini.

Katanya lagi, apabila siap kelak kawasan riadah ini akan menjadi lebih luas dan mampu menarik perhatian pengunjung di lokasi popular ini.

"Selain penambakan, lokasi ini juga akan diindahkan dengan landskap baharu yang lebih segar," katanya.

Katanya, apa yang kerajaan laksanakan ini akan membawa pelbagai kelebihan kepada peniaga sekitar antaranya penambahan bilangan pengunjung dan bukan mengurangkan kehadiran mereka.

"Apabila masalah mendapatkan pasir ini selesai, projek ini akan bermula secepat mungkin," katanya.



Dipetik : http://warighn9.blogspot.com/2012/10/projek-di-panta-bt8-bukan-terbengkalai.html

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads