Sabtu, 3 November 2012

05 di port dickson - Google Blog Search

05 di port dickson - Google Blog Search


Life is colorful: Sesi Perah Minda <b>di</b> Lexis, <b>Port Dickson</b>.. Part I

Posted: 12 Oct 2012 04:14 PM PDT

Jumaat lepas tiba-tiba dapat panggilan daripada Pengurusan Sumber Manusia KPKK, katanya saya kena pergi bengkel Khamis hingga Sabtu ini. Bukan bengkel kereta  tapi Bengkel Penggubalan Sukatan Peperiksaan Perkhidmatan di Hotel Lexis, Port Dickson.

Pagi Rabu pun masih belum dapat surat. Lewat tengah hari baru surat kursus menjelma atas meja. Dan kebetulan pula, Mr. Hubby juga akan menghadiri kursus yang sama walaupun diberi tanggungjawab yang berbeza. Jadi saya pun buat panggilan ke urusetia untuk memastikan roomate saya adalah Mr. Hubby hahaha..
Seperti biasalah, kalau kursus bermula sebelah petang, saya tak boleh nak bertolak awal pagi. Banyak kerja yang kena diselesaikan dulu di pejabat. Kira-kira jam 3.30 petang barulah memulakan perjalanan ke Lexis, Port Dickson dari Angkasapuri. Ini first time ke hotel ni.  
Jam 5 petang, kami tiba di Lexis, Port Dickson. Cantik pemandangan di sekitar hotel ni. Ada bangunan bilik hotel (tower) dan ada pilihan untuk water chalet. Untuk peserta kursus, kami diberi bilik di tower building.
Bilik Premium Tower Seaview sangat cantik. Dari beranda/jendela bilik boleh menikmati pemandangan Selat Melaka. Beranda juga sangat private dan sesuai untuk menenangkan fikiran.
 
Rekabentuk dalaman bilik juga sangat menarik. Tub mandi dan shower diasingkan daripada bilik tidur. Tub mandi juga bersaiz besar.

 
Melangkah masuk ke ruang beradu, terdapat 2 katil dalam bilik ini. Sebuah katil bersaiz king di tengah ruang dan sebuah lagi bersaiz queen di sisi jendela sebelah kanan. Bilik ini boleh memuatkan seramai 4 orang. Rekabentuk dalaman adalah berinspirasikan seni Bali.

 
Memang cantik sungguh bilik di Lexis ni dan saya percaya bilik di Water Chalet pastinya 2 atau 3 kali lebih cantik daripada bilik di Tower Building. Tiba-tiba rasa bertuah pula sebab dapat menginap di Hotel 4 bintang ni.
 
Kursus bermula sebelah malam. Hmmm... memang kena perah minda untuk memastikan sukatan peperiksaan ada penambahbaikan. Almaklum revisi sebelum ni adalah 18 tahun yang lalu. Tentu ada banyak perkara yang perlu dilihat seperti teknologi baru dan media baru.
 
Selama 3 hari 2 malam di Lexis, kami tak cari makan di sekitar kawasan. Cuma makan di Coffee house hotel je. Sebabnya, jadual kursus yang padat. Nanti saya postkan gambar-gambar makanan yang tak seberapa dalam Part II ye.

To be continue...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads