Sabtu, 24 November 2012

05 di rasah - Google Blog Search

05 di rasah - Google Blog Search


Klinik Pergigian Seremban, Jalan <b>Rasah</b> « Warna & Corak <b>...</b>

Posted: 22 Nov 2012 06:48 AM PST

Semalam ambil cuti. Alasan…mahu bawa anak2 pi check up gigi. Semua anak-anak gigi orite..sihat.. kecuali Izzah. Struktur gigi ada sikit celaru jadi mungkin kena kasi adjust. Tapi dek kerana…penjagaan gigi sedikit gagal…doktor sudah pot pet pot pet…..sambil tunjuk model gigi besar dan model berus gigi besar…ajar izzah memberus dgn betul.

Anak-anak tidak dikenakan bayaran. Org dewasa mcm saya harus bayar seringgit semasa daftar. Anak2 memandang kehairanan tapi tiada yg bertanya.

Selesai anak2…sampailah giliran saya. Ada gigi yg harus di buat treatment dan juga ada gigi yg harus dicabut. Takut juga tapi xpelah…alang2 dh sampai biarlah doktor nk buat apapun. Doktorkn lebih arif. Selesai….doktor mahu kasi MC saya tolak. Terhairan-hairanlah doktor cina muda yg hensem dan nurse muda yg comel dgn rejection saya. Jarang ada yg mahu menolak diberi MC kata mereka. Saya pun jarang tolak kalau ada peluang tapi hari ni lain jawab saya. Hari ni dan beberapa minggu sebelum ni saya tak boleh cuti. Halfday yg saya ambil hari ni pun sebab bos takde…dia outstation. Petang harus masuk semula…kalau tidak…kerja saya makin tertunggak. Oh sungguh….sebulan dua nie doa saya tiada lain selain yg satu ini. Ya Allah…berikan saya kesihatan yg baik. jauhkan saya dari sakit apapun sehingga saya selesai dgn tugas2 saya di daerah rezeki. Saya buat dateline….akkhir Nov nanti 70% kerja saya bisa selesai. Agar Dec nanti boleh cuti panjang skit dgn anak-anak. In shaa Allah.

Ehhh…berbalik semula perihal klinik gigi. Selesai dgn cepat. Klinik pergigian di Seremban ni bangunannya baru. Bilik rawatannya banyak….tentu doktornya juga ramai sebab saya lihat nombor giliran bersilih ganti pantas.  Layanan kakitangan sangat baik, doktor bagus dan nurse juga ramah dan rajin.

Usai…saya di minta buat bayaran treatment yg tadi. RM2.oo kata perempuan manis di kaunter. Saya keluarkan not RM1 dua keping. Along terpinga-pinga. Sewaktu beriring ke kereta….Along tanya, Ibu…RM 2 je? Saya angguk. Bukan cabut gigi biasa RM50 ke atas ke ibu?. Saya angguk lagi..laju. Wow…murahnya !!! jawab Sabrina dgn riak muka macam tak percaya.

Selamat duit saya hari ni. Kalau saya ke klinik gigi bukan kerajaan tentu mahal. Treatmentnya sama saja tetapi d sini lebih baik saya kira. Lain kali mahu dtg lagi…check up….

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads