Isnin, 19 November 2012

05 di mantin - Google Blog Search

05 di mantin - Google Blog Search


Kereta terhumban masuk sungai dalam kemalangan <b>di</b> Batu 5 <b>...</b>

Posted: 18 Nov 2012 06:59 PM PST

image

SEREMBAN - "Saya cuba hulurkan bantuan, tetapi saya tidak dapat buat apa-apa kerana takut melihat keadaan mangsa yang parah," kata Jamal Mohd Mustafa, 52, yang hanya mampu melihat dan mendengar raungan seorang wanita yang terlibat dalam kemalangan di Batu 5, Jalan Seremban-Mantin Dalam kejadian kira-kira jam 3.15 petang…

itu, sebuah kereta Proton Wira dipandu seorang wanita dari arah Seremban dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas di laluan bertentangan menyebabkan sebuah kereta Perodua Kenari dipandu seorang lelaki di laluan terbabit yang cuba mengelak terhumban ke dalam Sungai Belihoi.
Mangsa, Kiew Lee Ling, 24 dan Phoong Teck Yong, 36, bagaimanapun selamat namun cedera parah pada beberapa bahagian badan.
Menceritakan kejadian, Jamal berkata, dia yang menunggang motosikal dari arah Mantin menghala ke Seremban berhenti menghulurkan bantuan apabila melihat berlaku kemalangan dan ternampak mangsa menjerit kesakitan.
"Saya tidak sampai hati melihat mangsa wanita menjerit meminta tolong dan cuba menghulurkan bantuan, tetapi disebabkan keadaannya yang parah saya tidak berani mengambil tindakan.
"Saya menghubungi talian 999 bagi mendapatkan bantuan, tapi saya terkejut apabila melihat sebuah lagi kereta terjunam ke dalam Sungai Belihoi," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Yusof Awang berkata, siasatan awal mendapati kereta Proton Wira terbabit dalam perjalanan dari Seremban, namun ketika di lokasi kereta terbabit hilang kawalan lalu merempuh Perodua Kenari di laluan bertentangan.
"Rempuhan itu mengakibatkan kereta kenari dipandu oleh seorang lelaki terjunam ke dalam Sungai Belihoi.
"Kedua-dua mangsa dilaporkan mengalami cedera parah dan dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban untuk menerima rawatan," katanya.
Manakala,  Ketua Operasi dari Balai Bomba Seremban, Mokhtar Mohamad berkata, sejurus menerima panggilan kecemasan, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian bersama satu jentera bomba berserta tujuh anggota.
Katanya, ketika sampai ke tempat kejadian, mangsa lelaki telah selamat dikeluarkan dari keretanya yang terhumban di dalam Sungai Belihoi dan mangsa wanita masih berada di dalam kereta.
"Kita terpaksa mengeluarkan mangsa wanita dari arah cermin belakang berikutan bahagian pinggangnya yang patah dengan mengambil masa kira-kira 15 minit.
"Keseluruhan operasi menyelamat berjaya diselesaikan pada jam 4.15 petang,

Sinar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads