05 di rembau - Google Blog Search |
Kasihku buat Nabila: Aidilfitri <b>di Rembau</b> dan Ipoh.. Posted: 22 Aug 2012 05:08 AM PDT Alhamdulillah, saya, Abang dan Nabila selamat sampai ke Bukit Beruntung jam 3 pagi tadi. Bertolak dari Ipoh jam 10.30 malam dan kalau nak diikutkan perjalanan hanya memakan masa 2 jam, sudahnya menjadi 5 jam.. Kereta nan banyak membuatkan perjalanan menjadi letih. Sudahnya kami melelapkan mata sebentar di Behrang. Tahun ini, persiapan ala kadar. Perut membesar dan pergerakan mulai terbatas membuatkan saya lebih selesan berada di rumah dari berjalan beraya ke rumah sanak saudara. Tambahan pula Nabila kelihatan resah sepertinya di serang 'kejutan' dek penangan bunyi mercun dan bunga api yang sangat menyakitkan telinga. Sungguh air mata saya mengalir di malam syawal kerana melihatkan dirinya yang sukar dipujuk. Syahdu melihat dirinya yang tidak sihat ketika itu sehingga berlarutan sehingga raya ke-3 di rumah mertua. Maaf tak dapat berkunjung ke rumah sanak saudara. Sungguh hati saya melonjak mahu beraya di rumah sanak-saudara, lebih-lebih lagi disebelah rumah mertua..namun kerana Nabila, saya dan Abang pendamkan saja hasrat itu. Tidak mahu bikin kecoh di rumah orang dengan ragamnya. Apapun, gambar raya tahun ini, tiada senyuman terukir diwajah Nabila. Hanya rengekan dan hanya mahu tidur di dalam buai sahaja... Layankan saja gambar kami ini ya.... Kaum keluarga sebelah mak.. Jejaka jejaki di pagi raya... Monyok Cik Bella..huhu... kami adik beradik..tanpa adik kedua.ketiga dan ayah tersayang... Dua pupu..Amar yang sangat bijak!! :) Selamat Hari Raya Aidilfitri.... :) Jemput datang beraya di rumah yek... :) |
You are subscribed to email updates from di rembau - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan