Isnin, 8 Oktober 2012

05 di mambau - Google Blog Search

05 di mambau - Google Blog Search


Semoga berjaya <b>di</b> dalam peperiksaan PMR dan SPM 2012 - N9 Kini

Posted: 07 Oct 2012 04:15 AM PDT

Mambau, 06 Okt – Raja Datin Seri Hajah Salbiah Tengku Nujumuddin, isteri Menteri Besar merangkap YDP PEKERTI, hadir di Majlis Solat Hajat dan Bacaan Yassin, semalam.

Majlis Solat Hajat dan Bacaaan Yassin di adakan di Dewan Ibnu Khaldun, SMK Mambau dan dianjurkan guru sekolah dan PIBG SMK Mambau.

Raja Datin Seri Hajah Salbiah Tengku Nujumuddin bersama barisan AJK PEKERTI berjemaah Maghrib, solat Hajat dan solat Isya' berjemaah serta membaca sura Yassin untuk pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan PMR dan SPM 2012.

Di majlis sama, beliau turut menyumbangkan naskah sura Yassin kepada ibu bapa dan pelajar-pelajar yang turut serta.

Di dalam ucapan, beliau berharap dan berdoa agar usaha pihak sekolah dan PIBG untuk melihat anak-anak berjaya di dalam peperiksaan tercapai.

"Ibu bapa dan guru sentiasa berusaha untuk melihat pelajar-pelajar berjaya. Sementara pelajar pula perlu belajar rajin-rajin dan menanamkan sifat ingin berjaya." Ujar beliau.

"Maka, majlis pada malam ini merupakan satu majlis kita bertawakal kepada Allah dengan usaha yang dijalankan sepanjang tahun." tambah beliau.

Raja Datin Seri Hajah Salbiah turut bersetuju untuk memanjangkan permohonan Pengetua Cemerlang SMK Mambau, Tn Abd Halim Md Yunus memohon Dewan Serbaguna kepada pengetahuan Menteri Besar, Dato' Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan.

Menurut beliau lagi, semoga dengan pertimbangan oleh Menteri Besar ini nanti, maka pihak sekolah tidak lagi menghadapi saat sukar seperti terpaksa memindahkan pelajar-pelajar yang tidak terlibat dengan peperiksaan penting.

Ini kerana beliau amat prihatin apabila mengetahui kelas sedia ada turut dijadikan dewan peperiksaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads