Rabu, 24 Oktober 2012

05 di lenggeng - Google Blog Search

05 di lenggeng - Google Blog Search


PAS Negeri Sembilan: Kemelut Imam Masjid <b>Lenggeng</b> semakin <b>...</b>

Posted: 10 Jul 2012 05:33 PM PDT

10 Julai 2012 : Kemelut perlantikan Imam Masjid Lenggeng sejak awal tahun ini semakin parah apabila 10 daripada 11 Ahli Jawatankuasa (AJK) masjid tersebut membuat laporan polis di Balai Polis Lenggeng pagi ini.
Dalam laporan polis tersebut Mohd Fahmy Mohd Tamin, 70, yang mewakili AJK masjid; lima Datuk-Datuk Adat Lenggeng (pemimpin setempat mengikut hirarki sistem Adat Perpatih Negeri Sembilan) dan 220 ahli kariah masjid; mendakwa salah laku tiga individu di dalam Jawatankuasa masjid tersebut menyebabkan urus tadbir Masjid Lenggeng menjadi celaru dan kucar kacir sejak awal tahun ini.
"Nazir Masjid, Mad Nor Ibrahim; Setiausaha Masjid, Osman Rasul dan AJK Masjid yang juga Ketua Umno cawangan Lenggeng, Zulkifli Rashid tidak akur dengan keputusan majoriti AJK masjid menghantar dua nama kepada Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan (Jains).
"Kami menghantar nama Said Abdul Ghani sebagai calon Imam 1 dan Ustaz Azman Baharom sebagai calon Imam 2. Said mempunyai pengalaman sebagai Bilal selama 16 tahun dan sebagai Imam selama empat tahun.
"Walaubagaimanapun Mad Nor, Osman dan Zulkifli membelakangkan keputusan AJK Masjid dan menghantar dua nama lain iaitu Nordin Yusof dan Ali Hamzah. Nordin menolak tawaran tersebut sementara Ali pula diisytiharkan sebagai Pemangku Imam 1 oleh Mad Nor, Osman dan Zulkifli.
"Tetapi apa yang pelik sehingga hari ini tiada surat hitam putih daripada Jains yang mengesahkan pelantikan Ali sebagai Pemangku Imam 1.
"Saya sudah berjumpa pegawai yang berkenaan di Jains dan jawapan yang mereka berikan bahawa kes ini masih disiasat dan meminta saya bersabar," kata Mohd Fahmy.
Apabila ditanya FMT mengapa 10 AJK Masjid termasuk Mohd Fahmy, Datuk-Datuk Undang Lenggeng dan 220 ahli kariah masjid tidak mahu menerima Ali sebagai Imam; Fahmy menjelaskan bahawa bacaan sembahyang dan tajwid oleh Ali tidak sempurna dan sering berlaku kesilapan di dalam bacaan beliau.
Mohd Fahmy juga mendakwa ada tangan ghaib dan campurtangan politik di dalam kemelut ini.
"Said dituduh sebagai orang PAS. Saya dan beberapa AJK masjid merupakan ahli Umno. Bagi kami tidak penting apa fahaman politik Imam.
"Ahli kariah tidak peduli apa fahaman politik Imam. Yang kami peduli ialah ilmu Imam itu mestilah mencukupi dan mampu mengendalikan bacaan sembahyang dan tajwid dengan sempurna.
"Justeru itu kami mendesak pihak Jains segera mengistiharkan keputusan panel temuduga pegawai masjid (Imam) yang diadakan pada 28 Mac 2012. Kami mendapat maklumat bahawa calon yang kami cadangkan iaitu Said dan Azman berjaya terpilih sebagai Imam", jelas Mohd Fahmy.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads