05 di gemencheh - Google Blog Search |
Menikmati Nasi Ayam <b>Gemas</b> Mustafah - Azman Hj. Ayup Posted: 24 Oct 2012 11:00 PM PDT Tengah hari tadi, aku dan Mahadir ke Restoran Nasi Ayam Gemas Mustafah di Kg. Air Merbau, Jasin untuk menikmati nasi ayam. Minggu lepas, ada rakan sekerja menyampaikan kepada kami akan keenakan nasi ayam tersebut. Sebelum ini, nasi ayam yang paling sedap mengikut citarasa aku ialah Nasi Ayam Singapore yang terletak di Jalan Krubong di Kawasan Perindustrian Krubong, Melaka. Perjalanan dari Ayer Keroh ke Taman Asia Selatan, Air Merbau, lokasi restoran mengambil masa lebih kurang 20 minit. Dari pekan Bemban ke Bandar Jasin, restoran ini terletak di sebelah kanan jalan berhampiran jejantas PLUS. Sewaktu kami sampai, tidak ramai pelanggan di restoran tersebut. Restoran ini agak bersih dan pelanggan boleh nampak kawasan dapur restoran tersebut daripada bahagian hadapan tempat duduk. Menariknya ayam kicapnya digoreng sebegitu rupa sehingga kulit luarnya rangup tanpa menjejaskan isinya di bahagian dalam. Kemudian ayam ditabur bawang goreng di atasnya sehingga menampakkan hidangan begitu menyelerakan. Pelanggan boleh memilih ayam separuh atau ayam suku mengikut selera sendiri. Tekstur nasinya biasa-biasa sahaja. Kami memesan dua pinggan nasi ayam dan air mata kucing sejuk. Harga makanan di sini sedikit mahal tetapi berbaloi. Dua pinggan nasi ayam, ayam suku dengan dua gelas air mata kucing harganya RM18.30. Selain di Jasin, ada cawangan-cawangan Nasi Ayam Gemas Mustafa di Segamat, Tampin, Cheng, Bukit Beruang, Wangsa Maju dan terbaru di Putrajaya. Selamat mencuba.... |
You are subscribed to email updates from di gemas - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan