05 di tampin - Google Blog Search |
'Rampas semula Dun Repah' | umnons.org Posted: 10 Sep 2012 08:44 AM PDT TAMPIN – Umno Bahagian Tampin yakin kerusi yang dimenangi pembangkang sebelum ini di bahagian Dewan Undangan Negeri (Dun) Repah mampu ditawan kembali dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti. Shaziman (tiga, kiri) menyampaikan anugerah kepada cawangan terbaik sempena majlis itu di Dewan Bandaran Tampin, kelmarin.Ketua Umno Bahagian Tampin, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor berkata, keyakinan itu berdasarkan gerak kerja dari peringkat pucuk pimpinan hinggalah ke peringkat akar umbi yang dilakukan dengan menyelami masalah rakyat serta berusaha menyelesaikannya. Menurutnya, tampil dengan gerak kerja mudah dan tepat, setiap masalah rakyat terutama berkaitan keperluan untuk memiliki kerusi roda tidak memerlukan tempoh atau proses yang panjang kerana ia diserahkan secara terus kepada pemohon melalui pemimpin akar umbi. "Kita yakin dengan kesediaan untuk terus menerus memberikan bantuan kepada rakyat di Dun Repah walaupun tewas PRU lalu boleh dilihat melalui Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM) dan pemimpin akar umbi yang sentiasa mendekati rakyat, kita boleh memenangi kembali hati rakyat. "Malah, kita cukup yakin dalam PRU13 ini, kita mampu merampas kembali Dun Repah dan mempertahankan kemenangan kerusi di dua lagi DUun iaitu Gemas dan Gemencheh serta kerusi Parlimen Tampin," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui pada Majlis Perasmian Persidangan Tahunan Umno Bahagian Tampin di Dewan Bandaran Tampin, dekat sini, kelmarin. Hadir sama, Ketua Wanita Umno Bahagian Tampin, Datuk Zainab Nasir; Ketua Pemuda Umno Bahagian, Mohd Isam Mohd Isa dan Ketua Puteri Umno Bahagian, Noramalina Abd Wahab. Pada majlis itu, Shaziman turut menyampaikan Anugerah Khas Jasamu Dikenang Lelaki dan Perempuan di mana masing-masing dimenangi Allahyarham Kassim Ahmad dan Ismariah Ismail. Manakala anugerah Cawangan Terbaik dimenangi Umno Cawangan Kampung Pondoi. Sementara itu, Shaziman berkata, sempena mesyuarat itu, pihaknya akan membahaskan usul membabitkan isu-isu berkaitan PRU13 melibatkan survival Barisan Nasional khususnya Umno dalam PRU berkenaan. "Dalam PRU13 bukan emas, gangsa, perak yang kita pertaruhkan atau wang tetapi perjuangan pemimpin terdahulu yang sudah berusaha berhabisan bagi memastikan negara ini mengecap kemerdekaan," katanya. Sumber: SinarHarian |
You are subscribed to email updates from di tampin - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan