Rabu, 19 September 2012

05 di lukut - Google Blog Search

05 di lukut - Google Blog Search


MAJALAH UMPAN <b>DI</b> ATAS KELONG POZI <b>LUKUT</b>

Posted: 10 Sep 2012 10:03 AM PDT

Perkenalan aku dengan wartawan Majalah Umpan iaitu saudara Amang berlaku secara tidak sengaja semasa aku mengikuti kursus asas memancing di Putrajaya Wetlands. Dalam duduk berbual-bual , tetiba aku mengajak Amang naik kelong Pozi. Tanpa di sangka, beliau juga sedang mencari bahan untuk cerita dalam Majalh Umpan. 
Pada awal malam tu, aku berjaya menaikan seeokr pari karang berskala 1.5 kg. Selepas itu salah satu joran aku dihentak kasar lalu disambut oleh saudara Faiz tetapi sayang sekali kerana rabut di atas kesilapan aku mengikat perambutSelepas tu tiada lagi ragutan setelah berkali umpan ditukar melainkan saudara Amang berjaya menaikan seekor todak bersaiz 2.5 kg yang pada mulanya disangkakan alu2. Pada tengah malam, 2 orang sahabat kelong aku turut menyertai kami memancing di atas kelong iaitu saudara Man dan adiknya.
Keesokan pagi, man berjaya menaikan seekor tetanda, malangnya bagi aku masih tiada ragutan ikan langsung.  oleh kerana bosan menunggu, aku menukar umpan2 pada joran aku dan juga joran wartawan Majalah Umpan. Mungkin kerajinan aku menukar umpan, salah satu joran saudara Amang melengkung dan berdesing tali keluar dari reel. Saudara Amang melayan ikan tersebut sehingga menampakkan diri iaitu seekor gubal bersaiz 3 kg ke kaki tangga lalu cuba ditangguk oleh saudara Man tetapi gagal. Dalam percubaan kedua saudara man menangguk, gubal tersebut membuat satu u turn mengucapkan selamat tinggal kepada saudara Amang yang nampak begitu kecewa.
Oleh kerana tiada bahan yang menarik untuk dijadikan ceritdalam majalah, kami meneruskan aktiviti memancing hingga ke petang walaupun harapan seperti telah diketahui iaitu makin tipis. Semasa air mula bergerak pasang, aku menukar umpan2 pada joran Amang dan faiz menggunakan umpan udang hidup dengan harapan ebek atau daun baru sudi menjamah umpan. Tetiba, tanpa disangka, salah sebatang joran saudara Faiz yang aku pasang di tepi kelong berdesing nyaring dengan tali utama bergerak laju keluar dari reel. Joran tersebut disambut oleh saudara man lalu di pulangkan semula kepada pemiliknya iaitu saudara Faiz. Saudara faiz yang agak panik melihat tali utamanya yang keluar laju hanya berdiri dan bertahan sahaja. Aku yang melihat keadaan tersebut tanpa segan silu terus menyambar joran dari tangan saudara Faiz lalu mengepam sekuat yang mungkin kerana ikan tersebut seperti mahu masuk ke bawah kelong dalam usaha menyelamatkan diri. Ikan yang kami sangka seekor pari mula  timbul di permukaan air. Gerung... gerung belang yang timbul membuatkan kami semua bersorak kegembiraan. Akhirnya aku berasa terlepas satu bala apabila ada bahan yang boleh dijadikan cerita dalam majalah. 
2 minggu selepas itu, saudara Amang datang kembali ke kelong kerana mahu mencari lebih banyak bahan untuk dijadikan cerita dalam majalah. Dalam pertengahan bulan ogos 2012, cerita kelong pozi keluar dalam majahah Umpan. bukan itu sahaja, ada satu lagi ruangan tentang trip saudara Amang ke kelong Pozi turut dimuatkan dalam majah Umpan. kembang hidung aku juga melihat foto aku turut dimuatkan dalam majalah.
Aku ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan terima kasih kepada Saudara Amang dan gang2nya kerana sudi menerima jemputan aku dan juga Pozi. Jika ada sesiapa yang berminat menggunakan khidmat guide di kelong bolehlah menghubungi saya di talian 0126804742

Memancing <b>di Lukut</b>

Posted: 22 Feb 2011 07:56 AM PST

Setelah menikmati kejayaan mengapollo pada sessi pertama dengan gilang gemilang bersama bot Samad. Kini pakatan rakyat seramai 4 orang telah membuat rancangan terbaru..."komplot DLukutzzz". Antara salah sorang rakan yang terkene racun tu ialah Hadi..Jeng..jeng..jeng...hehehehe
Hadi(baju hitam,seluar pendek hitam), tenang melayan apollo diatas rumah api diLukut.
Bersama dgn geng2 yg sama waktu dengannya..

So,ari ni gua nak sentuh sikit pasal rakan gua si Hadi nih.
Hadi,kiranya kaki macing jugak. Bermula bab2 pancing lagi lama dari gua, malangnya beliau hanya kaki kolam dan juga pantai.Tapi,diatas beberapa sebab, kali ni beliau termakan racun tuba yg gua dah bagi...Powerrr racun gua tu bro....kekekeke
Gua tukang amik gambar...tapi mane lak gi sorang lagi member gua nih?
Baju putih depan tu Mandor Gua...blkg, Otai Jamal...
Pendek citer, bila tiba ditempat yg dijanjikan,kami semua terus naik atas bot tu. Bot agak kecik dan pendek sikit dari bot Samad Ofb. Gua pun dh lope nama tekong tu. Tapi tekong tu ada sebelah tangan jerr, yg sebelah lagi cacat dari kecik. Memula terasa cuak gak,boleh ke tekong ni handle bot guna sebelah tangan jer. Gua tau, semua geng2 gua dah terasa cuak...tp semuanya dok simpan dlm hati. Lagi satu gua tengok beliau tangkas membuat kerja, tak de ape pun yg menjadi masaalah....seolah2 beliau mempunyai dua tangan seperti manusia normal. Dalam hati gua berkata" walaupun hanya sebelah tangan,tapi gua mmg respek giler arr kat tekong nih"
Ape pun semuanya berjalan lancar, namun bila di boya pertama.....Tak sampai 10 minit....rakan baik gua si Hadi tu dah mula "berdangdut"....yeahhh...mari kita joggett sampaii pagiiii...hehehe...
"Aisehhhh....come on Hadi, jgn layan sangat"....gua sound kat dia. Tapi, bagaikan dunia ni dia yg empunye...Hadi akhirnye melentok jua diatas bot akibat mabuk free..Hanya sempat beberapa kali membuat balingan, Hadi gagal melayan kepeningan/mabuk halal tersebut...
Kerana kesiankan beliau,akhirnya tekong mencari rumah api...rumah yg memang khas utk kaki mabuk jerr(pic kat atas sekali tu)...hahahaha....
Sabo Hadi yerr...lu jangan maree sgt kat gua.....
Tak dak org len dah...ini gua la nih
Tu je la yg gua nak citer..hasil keseluruhan agak kurang memberangsangkan. Lagi teruk dari yang lepas. Ape pun kalau dah takat ni je rezeki kami, kami terima...Alhamdulillah.


Sessi pembahagian harta rampasan...
Ni la rezeki korang...jangan gadoh2 lagi dah

Note: Ini adalah antara permulaan gua dalam bidang pancing memancing ni. Dalam pada tu gua n super friend sempat gak layan kat Kelanang (Morib) tapi lagi kecewa beb!!..
kecewa dengan sikap tekong yang mementingkan diri sendiri. Tobat gua tak turun Kelanang lagi dah.
Pada gua dan rakan2, tekong tu yg menutup pintu rezeki tuk diri sendiri...dan mungkin juga utk keluarga beliau...ape nak buat...pemancing pasti mangharapkan sesuatu, kalau ada usaha tapi hasil tak de tak pe jugak...tapi kalau dah malass...sendiri mau ingat laaa...
Lu tanggung le sendiri..Lu ingat, pemancing skg jalan solo macam dulu2??...pemancing skg dh ade forum,kelab...lu buat taik kompom nama lu panazzzz!!!
Adiozzzzz.....sebelum gua merapu lagi teruk!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads