Khamis, 27 September 2012

05 di gemas - Google Blog Search

05 di gemas - Google Blog Search


Misteri jalan Pintas <b>Kuala pilah</b> - <b>bahau</b>. :: Bukan Sekadar Blog™

Posted: 25 Sep 2012 10:46 PM PDT


Kuala pilah - Kejadian ni berlaku pada pagi ini sekitar pada pukul 8:00 - 9:00 pagi di jalan pintas kuala pilah - bahau, anda mesti tertanya-tanya apa yg dah terjadi dengan kereta ni, apa jadi dengan ownernya? persoalan yg sama berlaku ketika kami menyaksikan kejadian ni sebentar tadi, dari keadaan kereta ni memang agak menyeramkan..

Secara kebetulan kami mengenali rakan mangsa kemalangan tersebut, menurut rakan mangsa sedang di rawat di hosptal kuala pilah, mangsa tidak mengalami kecederaan yg serius cuma trauma barangkali, sementara itu kami sempat bertanyakan situasi sebenar kejadian, rakan mangsa memberitahu kereta yg di pandu mangsa hilang kawalan dan terbabas ketika melalui selekoh, kalau nak diikutkan selekoh biasa je, tapi mungkin faktor hujan yg menyebabkan kereta hilang kawalan dan terbabas kerana jalan yg licin akibat hujan yg lebat...


Apa yg membuatkan kami tertarik untuk menulis mengenai kejadian ni ialah, sebelum ni pernah berlaku sebuah kemalangan yg sama di tempat kejadian yg sama, mungkin suratan atau kebetulan, tapi bagi kami ianya tetap misteri..

P/S: kalau mengikut mitos penduduk sekitar, jalan pintas kuala pilah - bahau ni memang sangat keras, kami banyak mendengar cerita yg mengatakan ramai pengguna jalan tersebut yg terserempak dengan lembaga wanita berdiri di tepi jalan seorang diri pada lewat tengah malam, ada juga versi lain yg kami dengar mereka terserempak dengan lembaga org tua... kebenarannya wallahu'alam...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads