Selasa, 14 Ogos 2012

05 di rembau - Google Blog Search

05 di rembau - Google Blog Search


Mama QS bercerita....: Iftar lagi <b>di Rembau</b>

Posted: 05 Aug 2012 09:59 PM PDT

Seperti biasa setiap hujung minggu mama sekeluarga akan pulang ke kampung Mr H @ Ayah di rembau. dan setiap minggu akan berbuka dengan keluarga mertua, tapi kali ni meriah sungguh sampai 3 jambar le terhidang, lepas tu sementara berbuka masyaAllah haruk pikuk macam kat bazaar ramadhan pulak rasanya...hehehehehe tapi itulah yang merapatkan kami...
masa mula-mula kahwin dulu mama macam culture shock kejap, mana tidaknya, kalau belah keluarga mama ni tertib dan adab makan memang terjaga, Arwah Mak memang amat titip beratkan adab makan, adab dimeja even cucu-cucu mak kalau ada nenek dia akan makan tertib sahaja..... berbanding di Rembau, memang mula-mula mama terperanjat, bersimpang siur tangan mengambil lauk, tapi seperti pepatah melayu, "kita masuk reban ayam kita jadi ayam, masuk kandang kambing kita jadi kambing - betul ke ni", lama2 mama pulak jadi sedap bila makan ramai-ramai, Mr H pun dah terikut2 cara mama makan, tak ada bunyi dan tutup mulut.... ingat Qayyum cerita kat mama abang senior dia tanya "Qayyum kau makan tak ada bunyi ye"....Qayyum selamba je jawab "Mama saya marah bang..." hehehehe bagus anak mama dimana-mana ikut cara mama....anak Mak le katakan....
Semalam boleh dikatakan semua ada kecuali Kak Ti dan Kak Na sahaja..... Kak Ni dan Kak Na ni kalau nak tahu mereka berdua ni kembar , bapa mertua mama pun kembar tapi cucu tak ada yang kembar lagi.... semalam yang balik Kak Ni (Rohaini) sekeluarga, Kak Dah (Rosidah) sekeluarga, Induk (Laili) sekeluarga , Mama sekeluarga dan Pak Uncu..... jadi meriah betul le makan, dengan ragam anak-anak yang tak sabar nak buka puasa, ibu-ibu yang sibuk berborak je tak habis-habis... tapi yang paling penting Mak dan Abah happy bila tengok anak-anak balik.....
Suka Atok dia dengar Qayyum minggu depan Iktikaf di Masjid Kota....itu lagi satu acara tahunan SMASKP pelajar-pelajar akan dihantar ke Masjid yang dipilih semasa 10 ramadhan terakhir mereka akan beriktikaf di Masjid dari hari jumaat selepas solat jumaat hingga hari ahad selepas solat zohor.... ini kiranya tahun ke 2 untuk Qayyum.....

Buah Selasih Buah Kelubi, Didalam Dulang Hidangan Pagi, TERIMA KASIH Daun Keladi, Jangan Lupa Bila DIUNDANG Datanglah Lagi

Mama QS bercerita....: Puasa 2012 ##009 ~ Berbuka <b>di Rembau</b>

Posted: 27 Jul 2012 07:35 PM PDT

Semalam seawal pukul 10.55am saya gerak ke SMASKP ambil Qayyum,
Minggu lepas dan Minggu ni Qayyum dibenarkan pulang ke rumah,
Minggu depan atau minggu sekali lagi rasanya ada Iktikaf,
Petang tu seperti kami gerak balik kampung,
tak jauh pun dari senawang ke Rembau dalam 25-30 minit perjalanan je,
Singgah dulu di PARAM Rembau,
Mahal pulak kuih muih disana,
Murtabak RM4 tapi ok le sebab tebal dan sedap,
tapi yang tak puas hati tu ...
lepas tu rasanya minta maaf saya nak cakap,
memang lepas ni tak beli dah le kat situ....
Sampai kampung dalam pukul 5.00 petang,
sampai je terus jerit "Mak!!!!!" (bertuah punya menantu bukan bagi salam),
lepas tu dengar mak pok pek pok pek...
hehehehhehe dah agak dah sure mak bising punya la....
"Apo kau lambek ni menantu mak",
saya buat senyum yang paling manis dan manja....
nampak abah dengan mak dok sibuk menggentel kelepong,
kelepong tu rasanya orang negeri sembilan panggil kot,
Arwah Mak dulu panggil buah melaka,
ada juga setengah tempat kuih onde-onde....
"Mak buat rendang ayam je, yang lain kau masak ye"
alamak kena juga menyingsing tangan le...
terus saya pun masak sambal sotong dan goreng sayur je....


inilah rendang ayam kampung...
P/S : Bila saya bersama mertua saya, saya seperti rasa kasih sayang arwah mak...
Bila sahaja saya rindu pada arwah Mak saya akan telefon mertua saya...
Mungkin ada orang cakap "Bukan Mak sendiri"
Mak Mertua juga adalah Mak kita juga,
Cuma bezanya syurga tidak ditapak kaki mereka,
Tapi hidup ini berputar seperti roda...
hari ini kita lakukan pada mereka baik,
InsyaAllah anak menantu kita akan seperti itu nanti....Amin



Buah Selasih Buah Kelubi, Didalam Dulang Hidangan Pagi, TERIMA KASIH Daun Keladi, Jangan Lupa Bila DIUNDANG Datanglah Lagi

Mama QS bercerita....: Puasa 2012 ##004 ~ Berbuka <b>di Rembau</b>

Posted: 22 Jul 2012 08:16 PM PDT

Semalam selepas mama hantar Qayyum ke asrama, 
terus je gerak ke Kampung Mr H @ Ayah di Rembau,
tak dapat berbuka pada hari pertama,
tapi mama sempat juga hari ke 2...
Qayyum banyak kerja sekolah jadi kalau balik kampung memang relak le dia,
jadi minggu depan InsyaAllah kalau tak ada apa2 hari Jumaat mama kesana lagi untuk berbuka,
Sementara ada orang tua ni walaupun Mertua,
Walaupun Mertua mereka juga ibubapa kita,
Teringat mertua cakap semalam,
"Kalau dokek le rumah, mak dah gi hantar dah rendang dengan kelepong"
"Tak tertolan Mak tengok lauk yang kau suko Jo"...
Sedih sebenarnya masa mama dengar tu,
tapi mama tahan je, takan nak berbuka dengan air mata pulak....
Terus teringat pada Arwah Mak....
Arwah Mak pesan kalau kau Sayang Mak Mertua kau,
Mesti dia sayang kau juga...
Sebab tu walaupun mama kehilangan Mak...
Tapi ada Mak Mertua yang mama anggap seperti Mak mama sendiri....
Mama kehilangan Mak, Cukup buat mama rasa terduduk...
tak tahu nanti macam mana lah....
Mak Kau tiada galang gantinya dihati ini,
Mak Mertua Kau juga tida galang gantinya...


Buah Selasih Buah Kelubi, Didalam Dulang Hidangan Pagi, TERIMA KASIH Daun Keladi, Jangan Lupa Bila DIUNDANG Datanglah Lagi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads