Khamis, 19 Julai 2012

05 di linggi - Google Blog Search

05 di linggi - Google Blog Search


Dari Jari-Jari Halusku ....: Becuti <b>di</b> Desa Balqis, Kuala <b>Linggi</b>

Posted: 24 May 2012 02:09 AM PDT

Hai .. Hai .. hai .. I have a lot of Drafted Entry on queue. Banyak sangat sampai tak tau nak keluarkan yang mana satu. Tetapii .. memandangkan Cuti sekolah bakal bermula minggu depan, kita bagi laluan kepada Entry Cuti-Cuti Malaysia dulu.

Kalau mahu ke Melaka dan sedang mencari Hotel .. Chalet .. Rumah Rehat dan sebagainya .. pastu berhajat nak duduk jauh dari hiruk pikuk Kota Melaka yang sokmo traffik jem,  apa kata cuba 'idea' ni ~ Berehat, bersantai di Desa Balqis @ Kuala Linggi, Melaka. Tenang dan damai. Jauh dari hiruk pikuk kota. Tidur malam di dalam rumah tradisional yang dibuat dari kayu .. bertemankan bunyi alam yang tenang lagi mendamaikan dan bangun pagi dikejutkan oleh bunyi kokokan ayam dan menghirup udara segar tanpa pencemaran. Best. Best. Best = Best sangat-sangat.

Deretan rumah tradisional yang dibuat dari kayu.

Yang ni muat untuk satu famili ~ 8 orang
Padang rumput hijau sesuai untuk Acara santai dengan keluarga. Bayangkan kalau datang 3, 4 keluarga ramai-ramai .. ibu-ibu duduk tepi pangkin sambil minum kopi secawan .. bapak-bapak dan anak-anak berlarian bermesra-mesraan di padang .. Wahwahwah ... sah-sah la padang ini kita yang punya, kan. Bahagianyaaaa ..
Yang ni pun cantek, kannnn. Petang-petang .. malam-malam  .. jom la kita berkain batik bersila bersama sambil bergurau senda. Auwww .. bestnya.

Kita dulu duduk yang bawah. 

Dewan Makan
Swimming Pool mengadap laut. Sambil anak berenang-renang .. mak-mak boleh la mengadap laut sambil berangan dan mencari ketenangan .. pastu malam boleh ke Medan Ikan Bakar Kuala Sg. Baru .. yang hanya 5 minit dari tempat ini sahaja.
OK. Kalau ini tak cukup cantek dan menggoda .. sila ke website ini dan bersedialah untuk lebih "WoW". Jangan sampai juling mata macam ai ye.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads