Khamis, 19 Julai 2012

05 di juasseh - Google Blog Search

05 di juasseh - Google Blog Search


Kalau Tak Ada Budak-Budak, Sunyilah PAS - <b>Juasseh</b> Pekan

Posted: 14 Jul 2012 05:17 AM PDT

PARTI Adat & Sosial (PAS) ini adalah satu-satunya parti yang bergantung sepenuhnya kepada budak-budak kecil dan remaja untuk memenuhkan perhimpunan haram yang dianjur dan disertai mereka.

Ini patut semua sedia maklum, parti ini bukan parti yang ada sokongan ramai orang, dia gebang saja rakyat Malaysia yang 28 juta orang ini sokong dia kesemuanya, hakikatnya yang totok saja itulah zaman berzaman menyokong dan sedikit remaja dan orang muda hilang pedoman meramaikan dari masa ke semasa.


Sebab itulah khidmat budak-budak kecil seumpama dalam gambar di atas begitu popular di kalangan orang-orang PAS sehinggakan ada kajian menunjukkan dari 100 kepala yang kita nampak dalam Bersih 3.0 dulu, 40 kepala adalah kepala budak-budak yang dijunjung mak bapak masing-masing.

Tidak terkecuali Himpunan Oren yang sedang berlangsung sekarang.

Sepatutnya sudah lama wujud undang-undang di Malaysia yang mencegah eksploitasi kanak-kanak untuk tujuan politik haram seumpama ini di Malaysia.

Kerajaan tak sepatutnya bertoleransi dengan mak bapak setengah tiang yang tak boleh beza antara baik dengan buruk sehingga sanggup memperjudikan keselamatan anak masing-masing kerana terlalu taksub dengan politik.

Apatah lagi ini kita sedang bercakap tentang orang PAS - jenis manusia yang sanggup cerai bini sendiri kerana enggan sokong dan undi PAS. Maksudnya, sakit jiwalah tu dan semuanya kerana taksub dengan politik.

Dalam hal bawak budak-budak ni, ahli PAS bukan peduli kalau berlaku apa yang tidak baik kepada budak-budak tersebut, yang penting macam mana nak harnest milleage politik daripada tragedi yang berlaku.

Tak tahulah dari kalangan 2,000 orang yang sedang berarak di Masjid Wilayah Persekutuan menuju Istana Negara sekarang, berapa ramai budak-budak digunakan untuk memenuhkan majlis, tapi percayalah, ramai.

Yang jadi kerisauan, di kalangan 2 ribu orang ini, seperti biasa (dalam mana-mana perhimpunan haram tajaan pembangkang) sudah disiapkan ejen provokator untuk mencetuskan rusuhan dan kekacauan.

Motifnya, kalau ada apa-apa terjadi kepada budak-budak ini, kerajaan dan polis yang akan dipersalahkan.

Paling penulis bimbangkan, PAS akan bawak bayi yang dilahir dan hendak dibuang ibunya untuk dicampak ke dalam longgkang dan kemudian dituduhnya polis yang buat. Eh, jangan terperanjat, ini PAS, akal tak betul, apa saja cara boleh digunakan asal matlamat politik tercapai.

By Adamyan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads