Rabu, 25 Julai 2012

05 di kuala pilah - Google Blog Search

05 di kuala pilah - Google Blog Search


Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM): Seminar Kekeluargaan <b>...</b>

Posted: 16 Jul 2012 11:22 PM PDT

11 Julai 2012, Kuala Pilah : Satu Seminar Keibubapaan dan Kecemerlangan dalam Institusi Keluarga dan Kerjaya telah diadakan bertempat di Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Pilah. Program ini merupakan anjuran bersama Pejabat Agama Islam Daerah Kuala Pilah dan PUSPANITA Daerah Kuala Pilah
Program ini nyata mendapat sambutan hangat bilamana mendapat penyertaan agensi kerajaan dan bukan kerajaan lebih 200 orang peserta yang memenuhi ruang dewan ceramah di mana ceramah dilangsungkan.
Di dalam seminar ini melibatkan ceramah bertajuk "Ombak Rindu" yang telah disampaikan oleh Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau menyampaikan ceramah mulai jam 8.30 pagi hingga jam 10.30 pagi dan dari jam 11.00 pagi hingga ke jam 1.00 petang.
Majlis penutupan program ini telah disempurnakan oleh Al Fadhil Ustaz Muhammad Hatta bin Ghazalli, Timbalan Pegawai Agama Islam, Pejabat Agama Islam Daerah Kuala Pilah.
Dengan ini EDITOR mengucapkan syabas dan tahniah kepada urusetia di atas insiatif dan usaha di dalam menjayakan program seperti ini. Bersama dengan ini dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan di sepanjang program ini berlangsung.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads