Rabu, 25 Julai 2012

05 di jempol - Google Blog Search

05 di jempol - Google Blog Search


Empat Rentung Dalam Kemalangan <b>Di Jempol</b> – Perak Today

Posted: 20 Jul 2012 08:25 PM PDT

Gambar hiasan.

JEMPOL: Empat rentung selepas kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori tangki minyak sebelum terbakar dalam kemalangan di Kilometer 37, Jalan Keratong-Bahau, dekat sini, Jumaat.

Dalam kejadian pukul 4.40 petang itu, semua mangsa yang belum dikenalpasti mati di tempat kejadian.

Jurucakap polis berkata, ketika kejadian keempat-empat mangsa yang menaiki kenderaan jenis Nissan Navara dikatakan dalam perjalanan dari arah Bahau menuju ke Keratong.

Katanya, apabila sampai di lokasi kejadian, kenderaan itu dipercayai bertembung dengan lori tangki minyak yang datang dari arah bertentangan.

"Pertembungan itu menyebabkan semua mangsa di dalam Nissan Navara berkenaan tersepit dan gagal keluar selepas kenderaan itu dijilat api. "Bagaimanapun, pemandu lori terbabit yang cedera berjaya keluar dari kenderaannya," katanya.

Katanya kedua-dua kenderaan itu hangus sama sekali dan mangsa yang tersepit juga rentung sehingga tidak dapat dikenal pasti.

Katanya, pemandu lori berkenaan pula mengalami kecederaan dan dihantar ke Hospital Jempol untuk mendapat rawatan.

Sementara itu, Pegawai Turus Trafik negeri ASP Abdul Halil Hamzah ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata semua mayat mangsa dihantar ke Hospital Jempol untuk bedah siasat dan memberitahu punca sebenar kejadian masih disiasat.

-BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads