05 di kuala klawang - Google Blog Search |
DIARY: Dari Shah Alam Ke <b>Kuala Klawang</b> ke Seremban Posted: 02 Jul 2012 12:59 AM PDT Dah dua minggu tak jenguk kakak di MRSM Kuala Klawang. Minggu lepas mummy cuma berkesempatan kirimkan barang-barang keperluan kakak pada Cikgu depan rumah yang kebetulan anaknya belajar sama-sama dengan kakak. Minggu ni giliran mummy pula jenguk kakak dan cikgu pula kirimkan barang uintuk anak dia. Bagus jugakan....sekurang-kurangnya boleh tolong-menolong antara kami bila saat-saat memerlukan. Kami bertolak dari rumah lebih kurang jam 7.30 pagi memang dah rancang nak datang awal sebab kena bawa kakak ke Seremban untuk cari kasut. Baru berapa bulan kasut dah terkopak... Ganas sungguh anak mummy ni... Kalau tak silap mummy kami shopping di Seremban Mall atau Plaza... Cari kedai bata je...budak sekolah takleh pakai kasut mahal-mahal nanti hilang susah...hehehe walhal mummynya yang takde budget... Menunya macam dlm gambar kat bawah nilah.. Sebenarnya mummy tengah mengidam nak makan pizza yang baru tu....baru dua kali mummy dapat makan pizza ni... pada mummy antara banyak-banyak pizza yang mummy pernah makan yang nilah yang paling sedap... Gambar2 masa perjumpaan dan juga makan-makan tak sempat ambil sebab battery bb mummy dah kong masa tu...upload gambar dr makcik google je... Akhirnya...bila nak balik terasa sayu je nak tinggalkan kakak... Namun apakan daya...nak menuntut ilmu kena lah berkorban. Harap-harap kakak tabah menempuh cabaran bila berjauhan dengan mummy. Harapan juga tak ada lagi semut2 yang bersarang sekitar asrama...hehehe Selamat menyambut nisfu syaaban semua ye yang akan jatuh pada 5 Julai malam Jumaat (Tutupnya buku amalan) |
You are subscribed to email updates from di kuala klawang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan