Rabu, 11 Julai 2012

05 di bahau - Google Blog Search

05 di bahau - Google Blog Search


AL-KISAH TIKAM MENIKAM UNTUK MELOBI CALON <b>DI AMPANGAN</b>

Posted: 10 Jul 2012 05:00 AM PDT

Isu pemilihan calon UMNO seperti tidak berkesudahan di Ampangan. Dua kumpulan berbeza pendapat di bawah satu bumbung parti dilihat sedang bertikam antara satu sama lain bagi memastikan calon pilihan masing-masing mampu menjadi calon di kawasan tersebut.

Dua kumpulan ini terdiri dari ahli Puteri yang pro kepada MB Negeri Sembilan iaitu Tok Mat dan seorang lagi calon Pemuda yang pro kepada Timbalan Bahagian Seremban, Datuk Ishak Ismail. Tak perlulah ditulis siapa empunya nama kerana masing-masing orang Seremban pastinya tahu benar siapa kedua-dua calon ini.

Ini bukannya isu baru. Isu ini sudah berlarutan selama hampir setahun. Malah paling menggusarkan apabila sudah timbul isu untuk sabotaj calon sejak 3 bulan lepas.

Dalam pada itu ada pihak yang cuba mencadangkan agar calon yang neutral  yang tidak pro kepada mana-mana puak diletakkan sebagai calon di situ. Cadangan ini pastinya disambut baik semua pihak. Malah nama calon tersebut pun sudah diketahui. Dan tak perlulah dihebahkan siapa calon tersebut tetapi pastinya ramai yang kenal dengan orang ini kerana pekerjaannya sebagai tauke daging di pasar.

Penulisan di sini bukanlah untuk menghebahkan lagi pertikaman ini tetapi ada baiknya sekiranya MB Negeri Sembilan yang juga merangkap Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan turun padang dan bersemuka sendiri dengan kedua-dua pihak ini. Dengan cara ini sahajalah kedua-dua pihak ini dapat disatukan. Setakat menghantar wakil tidak cukup kerana mereka mahukan penjelasan dari pihak atasan sendiri.

Malah isu ini kian parah apabila ada pihak tertinggi yang bersikap seolah-olah lepas tangan dan lelap sahaja. Sekiranya perkara ini masih gagal diatasi, maka terserlah kebodohan UMNO Negeri Sembilan kerana melepaskan kerusi boleh menang selesa ke tangan pembangkang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads