Isnin, 2 Julai 2012

05 di juasseh - Google Blog Search

05 di juasseh - Google Blog Search


<b>Juasseh</b> Cafe: CIKARO TUNTUT &#39;ROYALTY&#39;

Posted: 02 Jul 2012 08:18 PM PDT


Filem 'Bohsia 2 jalan kembali' dah kutip juta juta ringgit, tahniah!, mat mat rempit boleh berbangga kerana cerita mereka mendapat sambutan hangat, lepas ni mana mana kumpulan atau geng geng mat rempit boleh menabik dada di mana mana mereka pergi kerana mereka punya 'value', punya 'brand' yang boleh dipaten kan, punya harga yang boleh di 'demand' kan. Mereka boleh memohon untuk menubuhkan 'konsortium' atau persatuan demi menjaga hak hak 'royalty' atas setiap kali nama atau jenama mereka yang digunakan untuk tujuan tujuan berbentuk 'komersial'.
    Satu ketika baru baru ini sebuah pertubuhan telah wujud memperjuangkan nasib mat rempit , perjuangan untuk mengangkat mat rempit sebagai pejuang bangsa. Aku tak ingat apa nama pertubuhan itu, aku tak nak ingat dan tak akan mahu ingat, aku tak mahu tau siapa pengasas atau pemimpin atau dari kalangan mana ahli ahlinya. Bagus lah kalau nak bersatu, tapi mestilah dengan matlamat yang bersih, ikhlas dan paling penting sumbangan kepada anggota masyarakat, bukan sekadar faedah untuk mereka yang ahli saja.
   Paling aku sarankan ialah menghapuskan budaya seks rambang dikalangan mat mat rempit, budaya seks beramai ramai, budaya bersetubuh secara bergilir gilir dengan perempuan yang hilang maruahnya atau dengan kata lain 'membantai minah barai' atau 'kenduri burit' atau 'parti cikaro' atau apa apa lah istilah silih berganti.
   Mereka mat rempit mungkin tidak terasa terhina melakukan perkara perkara dosa tu, malah mereka lebih bangga menjadi lelaki, yang dihina mereka ialah 'cikaro cikaro' atau gadis gadis barai itu yang dianggap mereka seperti kain buruk yang menjadi sampah kepada masyarakat. Sedangkan yang menjadikan gadis gadis itu barai tidak lain dan tidak bukan ialah mereka yang dipanggil mat rempit itu sendiri.
   Mereka lah yang lebih hina dari cikaro atau minah barai itu kerana mereka yang menjadikan apa yang terjadi kepada gadis gadis yang dulunya suci bak kapas jati, merekalah yang menjadikan budaya seks bebas itu sebagai jati diri, mereka lah yang tunduk dengan budaya hina itu hanya kerana ikutan rakan rakan, hasutan para para senior mat rempit yang memang telah hina bergelumang dengan noda maksiat. Teruna yang sebelumnya suci bak para wali, ditimang dan dimanja oleh kasih ibu yang sejati kini jadi abdi si pemakan tahi, berkubang dalam selut yang penuh dengan tahi babi, bersama sama menikmati hidangan basi, busuk, menjijikan lagi, kerana diri telah terpatri sebagai mat rempit sejati.
   Memang, ye memang ada mat mat rempit yang hanya sekadar merempit, hanya sekadar berlumba haram, tapi ada jaminan ke mereka tak akan terlibat dengan budaya kuning yang memang menjadi identiti dan jati diri mat mat rempit itu sendiri. Tak ada jaminan, sedangkan pak lebai berkopiah putih duaplohpat jam atau para ustaz sekali pun tak akan mampu menahan gejolak nafsu kalau dah terhidang di depan mata.
   Para para 'bohsia' atau 'cikaro' atau 'minah barai' itu yang sepatutnya menuntut 'royalty diatas segala apa yang berlaku keatas mereka, atas apa yang menjadikan mereka begitu dan keatas jenama  mereka digunakan untuk tujuan komersial yang telah mengutip berjuta juta ringgit itu. Mereka lah pihak yang perlu dibantu, mereka lah yang perlu diselamatkan sebelum dunia remaja kita hancur musnah ditelan arus kemodenan. Ini lah isu yang perlu diperjuangkan oleh persatuan yang mengaku ingin menjadi pejuang bangsa atau mana mana pertubuhan yang berkokok siang dan malam sebagai pejuang warisan, atau pejuang anak watan, atau pejuang peribumi atau sebagainya.
   Dengan kutipan royalty itu mungkin mana mana persatuan yang bersangkutan dengan mereka boleh membantu mereka untuk pulang kepangkal jalan sepertai mana tajuk filem itu 'Bohsia 2 jalan kembali'.
   Tujuan aku menulis ini bukan nak memperhinakan golongan tertentu, tapi untuk menyedarkan semua pihak bahawa gejala ini telah berlarutan, semakin kronik apabila teknologi semakin berkembang semakin tenat anak anak muda kita, teknologi 3G, internet, smartphone, android menjadikan budaya ini tersebar begitu luas dan begitu pantas hingga seolah olah anak muda kita tiada lagi rasa malu dan hina diatas segala perbuatan sumbang mereka itu dipertonton kan seantero dunia, sangat menjijik kan.
   Aku memohon dan berharap agar anak anak kita yang masih kanak kanak kecil, yang tak mengerti diatas segala yang berlaku disekeliling mereka, agar  tidak kesempatan untuk menerima atau menyerap budaya budaya jijik ini. Maksud aku, sebelum mereka sempat dewasa kita telah mampu menangani atau sekurang kurangnya kita telah ada satu fomula untuk kita menyekat anak anak kita dari terjerumus kedalam dunia kemaksiatan yang penuh kehinaan ini.
   Dengan itu mari lah kita bersama sama mencari satu kaedah yang bertepatan dan bersesuaian dengan peredaran dunia masa kini, satu kaedah yang mampu membendung gejala yang sangat kotor dan menjijikkan ini agar anak anak kita mampu dewasa dalam suasana yang sihat tanpa penyakit sosial yang membelenggu di persekitaran mereka.
Ikhlas dari 'Juasseh Cafe'.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads