Isnin, 2 Julai 2012

05 di jelebu - Google Blog Search

05 di jelebu - Google Blog Search


CERAMAH UMUM MALAM INI <b>DI JELEBU</b> <b>...</b> - WFauzdin Blogspot

Posted: 08 Jun 2012 12:13 PM PDT

Oleh:  WFAUZDIN NS
JELEBU dikatakan terlalu kuat Umno nya sehinggakan kalau di Jelebu sesiapa yang sebut pasal Pembangkang, mereka akan dicop sebagai ejen penjajah sama seperti Jepun.  Dikatakan juga di Jelebu, masyarakat di sana terutamanya orang-orang Melayu di kampong, mereka amat fobia dengan makan ubi kayu seperti di zaman Jepun, maka itu bagi mereka kalau Pembangkang memerintah maka terpaksalah orang-orang Melayu kembali makan ubi kayu.  Betulkah?
Jika di zaman 70-80an mungkin ada benarnya.  Saki baki yang masih berada di bawah tempurung masih wujud di Jelebu.  Justeru itu, amat bahaya bagi Umno untuk me`moden'kan Jelebu walaupun MP Jelebu ini tokoh lama di dalam Umno.  MP Jelebu, Rais Yatim adalah Menteri Komunikasi, sewajarnya Jelebu adalah Daerah yang paling canggih komunikasinya.  Malang sekali, Jelebu amat ketinggalan samada kemudahan internet mahu pun pengangkutan awam. 
Sebab apa?  Sebabnya kalau rakyat Jelebu di`moden'kan, maka akan lahirlah bijak pandai di Jelebu.  Jika sudah ramai bijak pandai di Jelebu yang tahu akses maklumat melalui internet misalnya, adakah masih ada peluang untuk pemimpin Umno untuk memperbodohkan mereka?  
Berkat kesungguhan pimpinan PR khususnya di Jelebu kini menampakkan hasil.  Jelebu tidak lagi menjadi kubu kuat Umno/Bn.  Tumpuan kini adalah di beberapa kampung Melayu yang agak ketinggalan dari segi maklumat semasa.  Justeru itu, PR kini giat menjalankan program penerangan dari semasa ke semasa.  
Malam ini (Sabtu - 09 Jun 2012), satu program Ceramah Umum akan diadakan di Kampung Sungai Buluh, Simpang Durian, Jelebu, Negeri Sembilan.  Penceramah malam ini adalah YB Anthony Loke (Ketua Pemuda DAP), YB Cha Kee Chin (Adun Kepayang), Us Zulkifli Omar (AJK PAS Pusat), Us Hj Kateran Marman (YDP PAS Jelebu) dan saya sendiri.  
Kampung ini adalah kampung arwah nenek saya dan saya berasal di Kampung Jerang, Jelebu iaitu jiran kampung ini dan menetap di Simpang Durian ini juga.  Maka, saya berharap saya boleh membantu perjuangan pimpinan PR di Jelebu ini semampu saya.  Malam ini saya dijemput untuk berada di pentas ceramah.
Bagi anak-anak Jelebu dan anak jati kampung di sini, anda dijemput bersama kami untuk melakukan perubahan dan membantu masyarakat kampung kita agar mereka tidak ketinggalan seperti di banyak tempat yang telah mula melakukan perubahan.  Lakukan perubahan di Negeri Sembilan demi rakyat.  Ayuh, kita hadir beramai-ramai malam ini.  Jumpa di sana, InsyaAllah./wfauzdin.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads