Rabu, 20 Jun 2012

di negeri sembilan - Google Blog Search

di negeri sembilan - Google Blog Search


Pentadbiran seimbang dilaksanakan <b>di Negeri Sembilan</b> | N9 Kini <b>...</b>

Posted: 12 Jun 2012 11:09 AM PDT

PAROI, 12 Jun- Anjuran bersama JKKK Kampung Baru Paroi Dan Parti Gerakan Rakyat Malaysia (PGRM) Bahagian Rembau telah mengadakan majlis makan malam bersama rakyat 1 Malaysia berlangsung di Dewan Wawasan SJK (C) Kampung Baru Paroi, malam tadi.

Majlis ini telah disempurnakan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB. Dato' Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hassan.

Hadir sama, Ahli Parlimen Rembau, Tuan Haji Khairy Jamaluddin Bin Abu Bakar.

Dalam ucapan Menteri Besar, beliau amat berbangga dapat menghadiri majlis seperti ini kerana ia dapat  memupuk  generasi Malaysia.

Malahan, pentadbiran seimbang yang dilaksanakan di Negeri Sembilan sama sekali tidak menganaktirikan kawasan-kawasan yang ditakluk oleh pihak pembangkang.

Beliu turut menyeru agar semua ketua parti komponen Barisan Nasional berganding bahu dan bekerjasama untuk menyelesaikan masalah rakyat.

"Mari kita sama-sama pastikan bahawa negara dibawah kepimpinan Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak ini akan terus ditadbir oleh kerajaan Barisan Nasional," kata beliau.

Dalam majlis tersebut, beliau telah menyampaikan sumbangan sebanyak RM40,000 kepada JKKK Kampung Baru Paroi.

Selain itu, beliau turut menyampaikan sumbangan kepada Orang Kurang Upaya (OKU).

Oleh : Siti / Foto : Ainaa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads