Jumaat, 22 Jun 2012

05 di rasah - Google Blog Search

05 di rasah - Google Blog Search


al-Husseyn: Gelombang Merah Umno Terhempas <b>Di</b> Tol <b>Rasah</b>

Posted: 11 May 2012 03:30 PM PDT


Menurut Cikgu Bard melalui tweeternya nya, sebuah bas yang membawa penyokong Umno Terengganu (Kuala Terengganu) telah merempuh sebuah treler yang dipercayai berjalan perlahan dari arah belakang.

Ini diikuti pula oleh sebuah lagi bas yang membawa penyokon Umno Kuala Berang merempuh dari belakang bas tersebut.

Cikgu Bard beserta beberapa aktivis SAMM Negeri Sembilan yang dalam perjalanan pulang dari Johor terserempak dengan kejadian tersebut serta merta turut membantu mangsa nahas yang terlibat.

Setakat ini tiada kematian dilaporkan, cuma beberapa mangsa dipercayai mengalami kecederaan yang agak serius. Beliau juga mendoakan agar mereka semua selamat!

Syabas kita ucapkan kepada Cikgu Bard yang walaupun diherdik dan dimaki hamun oleh sekumpulan Samseng Umno seperti disini , sikap dan rasa per kemanusian beliau perlu dicontohi oleh kita semua.Syabas Cikgu Bard dan aktivis SAMM Negeri Sembilan!

Lantak HANGPA la...: Chinadoll ugut terjun bangunan

Posted: 14 Jun 2012 04:57 PM PDT

GRO warga China diselamatkan anggota bomba selepas cuba terjun bagi mengelak ditangkap dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Rasah Jaya, Seremban malam kelmarin.
Seorang pegawai perhubungan pelanggan (GRO) warga China yang takut dicekup anggota Imigresen bertindak nekad berdiri di atas kompresor alat pendingin udara di tingkat dua sebuah pusat hiburan di Rasah Jaya di sini malam kelmarin.

Wanita berusia 30-an tersebut turut mengancam untuk terjun walaupun dipujuk oleh anggota Imigresen.

Kejadian cemas yang berlarutan selama sejam itu bermula apabila sepasukan anggota Imigresen menyerbu pusat hiburan berkenaan pada pukul 11 malam.

Ketika serbuan, seramai 30 GRO yang lain bertindak menyembunyikan diri di bahagian bumbung premis setinggi dua tingkat itu.

Bagaimanapun, drama tersebut berakhir selepas pihak Imigresen meminta bantuan daripada anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Rahang di sini untuk membawa turun wanita itu.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads