Khamis, 28 Jun 2012

05 di lukut - Google Blog Search

05 di lukut - Google Blog Search


Cili Api Bloggers: Anwar merapu untuk menipu <b>di Lukut</b>, PD

Posted: 23 Mar 2012 12:19 AM PDT


Malam tadi CAB berkesempatan menjengok Program Ceramah Khas Pendedahan Anwar Ibrahim di perkarangan Tokong Kuan Tee Lukut, Port Dickson.
Bagai nak pecah perut CAB malam tadi. Dah macam tengok sarkis plak. Mana taknya, isu-isu yang di bangkitkan setiap penceramah sepanjang program anjuran pakatan pembangkang itu, dah seperti program Raja Lawak di Astro.
Ada ketikanya, tak ubah seperti anjing menyalak bukit. 
Tong kosong! Bunyinya mengalahkan guruh. Hakikatnya kosong tak beisi.  
Tiada apa yang berguna untuk rakyat yang mendengar. Itu ini, belit semata-mata.
Pembangkang khususnya Anwar, nampak dah kehabisan modal.
Tak mustahil juga program ini dianjurkan sekadar hendak menarik dan menagih perhatian rakyat. Setelah menyedari program turun padang Perdana Menteri bertemu rakyat Port Dickson yang akan berlangsung pada 24 Mac 2012, Sabtu ini.
Malangnya, kedatangan Anwar  di sambut sekumpulan NGO  
GMPN (Gerakan Memartabatkan Pejuang Negara)  di ketua oleh Major Bersara Razali dan En Yussof. 
Sebelum ini GMPN telah membuat demo dengan menyerahkan memorendum membantah kenyataan sokongan terbuka Anwar terhadap Yahudi yang tersiar di dada akhbar antarabangsa The Wall Street Journal lalu.
GMPN juga sebelum ini telah membuat laporan polis di IPD Seremban 2  berkenaan PKR menerima dana dari NGO  Yahudi .

Saksikan Anwar merapu di Lukut.

                            Banner yang  di pasang pada jam 8 sebelum ketibaan  Anwar Ibrahim

                                         Anwar berserta pemimpin PKR, Mana  Chegu Bard??

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads