Isnin, 7 Mei 2012

05 di juasseh - Google Blog Search

05 di juasseh - Google Blog Search


Cetusan Mukara: Siapa Menteri Besar NS selepas PRU-13?

Posted: 07 May 2012 01:24 PM PDT

Siapa Menteri Besar (MB) Negeri Sembilan selepas Pilihanraya Umum (PRU) ke 13 nanti? Sama ada dari BN atau PR, ia suatu persoalan yang menarik perhatian umum untuk dibicarakan. Negeri Johor muktahir ini telah dikencangkan dengan khabar angin politik bahawa telah ada nama-nama tertentu dicadangkan sebagai MB baru Johor setelah MB sedia ada, Ghani Othman berhasrat untuk melepaskan jawatan tersebut dan mencadangkan nama Dato' Shahrir Samad sebagai pengganti beliau.
Bakal MB Negeri Sembilan juga hangat diperkatakan dan diperbincangkan dikalangan pemerhati dan penganalisis politik. Samada BN atau PR yang pasti aura MB baru semakin kuat mewarnai perjalanan semasa politik negeri ini. Siapakah yang dicadangkan dan layak memegang ketua eksekutif negeri ini?
Khabar-khabar dari pihak BN Negeri Sembilan sendiri telah banyak melayangkan maklumat-maklumat tidak rasmi yang bersifat sembang kedai kopi tentang pengganti MB ketika ini, Dato Seri Mohamad Hassan. Apakah benar Mohamad bakal diganti oleh calon lain?
Kedudukan beliau sebagai Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah memberi kredit politik terbaik untuk melaksanakan impian dan hasrat beliau itu. Tambahan pula, beliau turut mempunyai hubungan yang baik dengan PM, Najib Razak.
Perebutan jawatan untuk MB NS di Kuala Pilah paling hebat berbanding lain-lain bahagian kerana Ketua Umno Bahagiannya, Dato' Ismail Lasim (ADUN Senaling) juga mempunyai cita-cita yang sama. 
Ketika Negeri Sembilan heboh memperkatakan pengganti Isa Samad sebagai MB, nama Ismail Lasim adalah antara yang disebut-sebut bakal menjawat jawatan tersebut. Namun, PM ketika itu Pak Lah selesa memilih calonnya iaitu Mohamad Hassan. Perang 'merebut jawatan' ini tidak dapat disembunyikan lagi dan ia semakin marak setelah ada ura-ura Mohamad Hassan bakal diganti oleh Najib sekiranya BN memenangi PRU-13 di Negeri Sembilan.
Selain daripada itu, ada maklumat tidak rasmi memperkatakan nama Senator Dato' Najeeb Abdullah disebut sebagai pengganti MB kerana keterlibatan beliau dalam mana-mana program Mohamad Hassan. Beliau seakan dilihat sebagai bayangan kepada pengganti MB NS. Beliau adalah Timbalan Ketua Umno Bahagian Rasah. Keadaan itu tidak boleh dinafikan kerana pengaruh Ketua Umno Bahagian Rasah, Dato' Hasim Rusdi sebagai Setiausaha Perhubungan Umno Negeri Sembilan ketika ini mampu memberi sokongan politik kepada timbalannya sebagai MB baru. Malah ada perkhabaran Dato Najeeb akan diletak bertanding samada di Labu atau Rantau.
Rakyat negeri ini sebenarnya masih tertanya-tanya siapakah calon MB dari Pakatan Rakyat Negeri Sembilan? Beberapa bulan lepas, beberapa media online telah memaparkan berita tentang perkara ini. Namun, pengesahan mutlak calon-calon yang diperkatakan masih belum ada muktamad dan bersifat sembang kedai kopi. Ini sekadar pandangan dan bukan suatu cadangan. Pakatan Rakyat Negeri Sembilan secara politiknya diketuai oleh PKR NS. Keadaan tersebut secara langsungnya telah menggambarkan Pengerusi PKR NS iaitu Ahli Parlimen Telok Kemang, Dato' Kamarul Baharin Abbas terkedepan sebagai calon MB NS dari PR. Ia seakan sepadan dengan laporan media online yang memetik kenyataan pimpinan pusat PKR bahawa sekiranya Negeri Sembilan dimenangi PR, menteri besarnya adalah dari PKR.

Pimpinan PR NS juga cukup senang dan selesa dengan beliau. Penilaian dari sudut keterampilan, Dato' Kamarul mempunyai personaliti yang baik. Rekod baik beliau dalam memimpin PKR Negeri Sembilan menjadi landasan terbaik untuk beliau diangkat ke jawatan eksekutif tersebut.

DAP NS juga cukup bijak dan berhati-hati dengan isu MB dari PR. Parti tersebut memegang teguh persepakatan dan kerjasama yang terjalin antara PKR dan PAS. Malah DAP NS tidak keberatan menerima dan menyokong mana-mana wakil rakyat Melayu dari PKR atau PAS untuk dilantik sebagai MB. Ini keistimewaan dan kelainan Pakatan Rakyat di Negeri Sembilan.

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads